Harian Metro: Hati |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Hati |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Setempat |
Jadilah antara 4 juta pembaca Harian Metro Posted: 19 Dec 2012 03:22 AM PST PRINT & EPAPER BUNDLE PACKAGES PAYMENT METHOD : We accept CIMB Click, FPX, Hong Leong Bank Transfer, Maybank2U, Meps Cash, Alliance Online Transfer, Ambank, China Union Pay, Mobile Money, RHB, Credit Card and Paypal. If you do not receive notification email from us after subscribing, please check your email bulk or spam folder. |
Posted: 18 Dec 2012 08:57 AM PST KUALA LUMPUR: Tindakan anggota polis menyamar sebagai pekerja kedai serbaneka KK Supermart Holdings Sdn Bhd berjaya menangani kes rompakan dan samun di premis milik syarikat itu termasuk yang terbaru seorang remaja ditembak mati dalam kejadian di Taman Sri Rampai, Setapak, kelmarin. Pengurus Besarnya, Hooi Weng Kheong berkata, kejayaan itu hasil kerjasama antara pihaknya dengan polis sejak dua bulan lalu bagi menangani kes rompakan berkenaan yang kerap berlaku.
"Taktik polis memakai pakaian seragam pekerja kedai sudah dilaksanakan di beberapa cawangan yang dikenal pasti sering disamun terutama di kawasan panas termasuk Sentul, Jalan Ipoh, Jalan Tun Razak, Puchong, Cheras, Serdang, Wangsa Maju dan Setapak," katanya dalam sidang media di sini, semalam.
Katanya, kes berkenaan berlaku di 351 cawangan kedai serbaneka itu membabitkan 671 kes.
Hooi berkata, operasi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) 24 jam turut membantu mengesan suspek terbabit.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: BeritaUtama |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Rap |
Posted: 18 Dec 2012 04:33 AM PST FILEM trilogi Kampung Pisang pertama, Zombie Kampung Pisang yang ditayangkan sekitar 2007, diikuti Hantu Kak Limah Balik Rumah pada 2010 dan terbaru, Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit bakal mencetus fenomena baru bagi peminat pengarah terkenal, Mamat Khalid. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini menampilkan elemen kejutan serta jenaka tersendiri yang menghiburkan. Kisah bermula dengan karakter utamanya, Husin lakonan Awie yang diisytiharkan muflis akibat ditipu satu kumpulan skim cepat kaya di Singapura, sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin berjumpa semula dengan geng lamanya dan juga Mon lakonan Ezylnn yang juga kekasih lamanya ketika Kampung Pisang mereka dilanda serangan zombie suatu ketika dulu.
Namun masalah timbul apabila Husin didapati hilang dari rumahnya tanpa diketahui sesiapa. Rakan-rakan sekampungnya, Ucop, Wan Kaswi dan Nazari SMK, gagal mengesan di manakah Husin berada. Sebaliknya mereka mendapati hanya mi segera buatan Singapura yang ditinggalkan Husin. Dalam kekecohan itu, muncul pula Jin Pakai Toncit yang menghantui penduduk kampung dan dikatakan menculik teruna Kampung Pisang. Namun kehadiran Dr Samsudin pula mendakwa dia mampu mengesan di mana misteri hilangnya Husin. Apakah sebenarnya yang berlaku? Siapakah yang menculik Husin? Siapa yang berjaya menghurai misteri kehilangan Husin itu? Semua ini bakal terjawab untuk anda dalam filem ini yang bakal menemui penonton mulai 7 Februari depan. Mampukah Husin, Mon & Jin Pakai Toncit menyambung fenomena HKLBR yang berjaya mencatat kutipan pecah panggung menghampiri RM8 juta? Penerbit Eksekutif Tayangan Unggul Sendirian Berhad (TUSB), Gayatri Su-Lin Pillai, ketika ditemui selepas sesi tayangan perdana Husin, Mon & Jin Pakai Toncit bertempat di TGV, Ipoh Parade, Ipoh minggu lalu berkata, kejayaan filem arahan Mamat sebelum ini amat luar biasa dan menjadi pemangkin kepada pihaknya untuk menerbitkan trilogi seterusnya. "Produksi kami amat berpuas hati dengan hasil kerja yang ditunjukkan oleh Mamat Khalid dan percaya dengan kredibiliti beliau untuk mengarahkan filem mengenai Kampung Pisang seterusnya. "Kami berharap filem ini dapat diterima peminat seperti mana filem sebelumnya yang berjaya mencetus fenomena tersendiri," katanya. Sementara itu, Mamat berkata, filem trilogi ketiga arahan beliau yang menelan bajet kira-kira RM1.65 juta itu banyak menggunakan kesan khas atau imej janaan komputer (CGI) yang mampu dibanggakan serta mencapai kualiti global. "Sebanyak 20 peratus CGI digunakan dalam filem ini bagi memberikan kesan yang lebih hebat kepada filem ini. Disebabkan mahu menyiapkan CGI kepada Husin, Mon & Jin Pakai Toncit, saya mengambil masa agak lama untuk menyiapkan filem ini. "Kami ingin memberikan yang terbaik kepada penonton dan kesan khas yang digunakan itu adalah antara satu kelainan dalam filem ini. Saya fikir tidak mengapalah kita lambat sedikit asalkan hasilnya dapat memberikan kepuasan kepada peminat setia 'Kampung Pisang'," ujarnya. Tegas Mamat lagi, dia masih mahu mengekalkan Kampung Pisang sebagai lokasi penting filemnya itu namun menyuntik banyak elemen segar dari segi penceritaan dan babak-babak lucu. "Saya masih lagi kekalkan Kampung Pisang sebagai latar utama filem ini kerana dua filem saya yang lepas bertumpu kepada kemelut di kampung itu. Saya mahu penonton terus terhibur dengan plot terbaru yang berlaku di kampung yang sama. "Akan tetapi elemen jenaka yang pernah saya gunakan dalam filem lepas tidak diulang sebaliknya saya memaparkan banyak elemen baru supaya ia lebih segar. Kata Mamat lagi, kalau dalam filem kedua dulu dia memberikan tumpuan utama kepada peranan Kak Limah lakonan Delimawati yang sakit tetapi dituduh menjadi 'hantu', namun kali ini dia cuba menonjolkan pula watak Husin dan Mon. Katanya, Awie dan Ezlynn sendiri ada keserasian dan mampu meninggalkan kesan. Bagaimanapun kata Mamat lagi, peranan penting lain seperti Usop (Usop Wilcha), Pak Jabit (Man Kadir) dan Pak Abu (Allahyarham Zami Ismail) masih lagi dikekalkan kerana merekalah yang menambah rencah kelucuan terhadap filem ini. "Saya yakin penonton tentu mahu melihat plot yang berbeza pula dan apa kejutan terbaru kali ini. Kalau saya masih teruskan penceritaan Kak Limah mungkin ia akan menyebabkan filem ini kurang menarik dan mungkin boleh dijangkakan. Sebab itulah saya angkat peranan Husin dan Mon pula kerana ada plot misteri membabitkan mereka. "Sebagai satu lagi kelainan, saya memperkenalkan watak baru iaitu Dr Shamsuddin lakonan Rashidi Ishak. Saya yakin kemunculan Rashidi akan turut memberikan kesan kepada filem terbaru ini," jelas Mamat. Turut hadir pada tayangan khas itu pelakon seperti Awie, Rashidi Ishak, Usop Wilcha, Azwan Annuar dan Nazari (anak Mamat Khalid). Apa yang jelas, semua penonton cukup terhibur dengan hasil arahan Mamat itu yang dianggap cukup menghiburkan dan menggeletek hati seperti mana filem yang lepas. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/18 |
Soseh Soseh: Didie diintai Suria FM? Posted: 18 Dec 2012 04:07 AM PST SURIA FM yang semakin mendapat perhatian pendengar radio baru saja kehilangan penyampainya iaitu Nabil Raja Lawak apabila dia tidak menyambung kontraknya dengan stesen radio itu kerana mahu menumpukan perhatian kepada keluarga terutama anaknya yang baru lahir serta kerjayanya sebagai pelakon dan pengacara. Selama setahun ke udara, dia digandingkan dengan penyampai popular iaitu Halim Othman dan Kencana Devi. Mereka bertiga memang serasi tetapi sayang sekali jodoh Nabil dengan mereka tak panjang. Khabarnya Suria FM sedang mencari pengganti Nabil bagi menambahkan seri segmen pagi yang selama ini mendapat sambutan yang sangat baik.
Dalam pencarian mereka itu, SS difahamkan mereka teringin menyunting pelakon dan pengacara popular iaitu Didie Alias bagi menggantikan Nabil. Meskipun tak serupa, barangkali mereka melihat Didie antara calon paling hampir dan paling sesuai untuk menggantikan Nabil. Pun begitu, SS dapat tahu yang Didie masih menimbangkan tawaran itu, bukan dia tak sudi tetapi bimbang tak boleh memberikan komitmen nanti. Maklum saja, kalau dia sanggup terima tawaran itu, jam 5 pagi dah terpacak di konti sehinggalah jam 10 pagi setiap hari. Sedangkan pada masa sama, Didie juga sibuk berlakon dan mengacara. Malah tanggungjawab besarnya sebagai ibu dan isteri, perlu juga diutamakan. SS faham situasi Didie, apa pun SS harap Didie dapat membuat pilihan terbaik.
SS: Pilih yang berbakat, bukan populariti. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/18 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Global |
Posted: 18 Dec 2012 08:19 AM PST STOCKHOLM: Seorang wanita berusia 37 tahun yang didakwa meyimpan bahagian rangka manusia di rumahnya agar dia dapat melakukan hubungan seks dengannya berkata, walaupun perbuatannya pelik tetapi dia tidak melakukan jenayah. Wanita Sweden itu didakwa mencabuli ketenangan si mati selepas dia dituduh menggunakan 100 bahagian, termasuk enam tengkorak dan satu tulang belakang untuk memuaskan nafsunya.
Bagaimanapun, dia mengakui berminat dengan nekrofilia, tetapi menafikan cenderung untuk melakukan seks dengan rangka manusia.
Ia menjadi tajuk utama akhbar di seluruh dunia dan wanita itu percaya dia menjadi mangsa ketidakadilan. "Lebih ramai orang telah melihat wajah saya berbanding filem Batman," katanya. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19 |
Wanita maut selepas terima paru-paru perokok Posted: 18 Dec 2012 08:16 AM PST LONDON: Seorang wanita berusia 27 tahun yang mengidap kelainan kelenjar sekresi fibriosis sistik meninggal dunia setelah mendapat paru-paru daripada seorang penderma perokok tegar. Jennifer Wederell dari Hawkwell, Essex, meninggal di kediamannya Ogos lalu, 16 hari selepas menjalani transplan di Hospital Harefield, London.
Hospital berkenaan meminta maaf kerana tidak memberi pilihan kepada Jennifer untuk menolak transplan itu.
Jennifer berkahwin dengan lelaki idamannya, David Wederell pada September tahun lalu tetapi Februari lalu, kanser dikesan di paru-parunya. Grannel mendakwa anaknya mati akibat kelalaian pihak hospital.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Arena |
Raja ‘saintis’ kekal Posted: 18 Dec 2012 08:05 AM PST KEGAGALAN mempertahankan kejuaraan Piala AFF 2012 belum cukup untuk menggugat kedudukan Datuk K Rajagobal selaku ketua jurulatih kebangsaan apabila beliau terus diberi mandat membimbing skuad Harimau Malaya bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015 bermula Februari. Perkara ini diputuskan pada satu mesyuarat yang dipengerusi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah bersama Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin Ahmad dan pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal.
Keputusan yang dicapai itu sekali gus melenyapkan spekulasi mengenai pemecatan Rajagobal, 56, selepas kredibilitinya dipertikai ramai pihak berikutan kegagalan skuad kebangsaan mara ke final Piala AFF apabila tumpas dengan agregat 1-3 di tangan Thailand pada separuh akhir minggu lalu.
Difahamkan keputusan FAM itu didorong faktor kejayaan lampau Rajagobal yang membantu Malaysia menamatkan penantian 20 tahun negara dengan memenangi pingat emas Sukan Sea Laos dan kejuaraan pertama Piala AFF 2010 di Jakarta.
Subahan yang juga Naib Presiden FAM sebelum ini secara terbuka menyatakan sokongan kepada Rajagobal untuk terus mengendalikan skuad kebangsaan meskipun misi melayakkan diri ke Piala Asia 2015 di Australia dilihat lebih sukar berbanding mempertahankan kejuaraan Asia Tenggara ini.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/18 |
Posted: 18 Dec 2012 08:01 AM PST PARIS: Mohamed Hammam mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif Fifa dan Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Beliau menegaskan menerusi kiriman e-mel sudah meletak jawatan 10 hari lalu selepas Jawatankuasa Etika Fifa membuka siasatan baru tuduhan rasuah terhadapnya.
Atas dasar itu juga, Fifa berkata, laporan itu menunjukkan "berlaku ulangan pelanggaran Perkara 19 (Konflik Kepentingan) Kod Etika Fifa, edisi 2012, merujuk kepada tindakan Mohamed Hammam semasa memegang jawatan Presiden AFC dan ahli Jawatankuasa Eksekutif Fifa 2008-2011 yang mewajarkan penggantungan sepanjang hayat terhadapnya daripada semua aktiviti membabitkan bola sepak." Hammam, 63, dari Qatar dituduh cuba membeli undi untuk mendapatkan jawatan tertinggi Fifa pada 2011 hingga digantung Fifa daripada semua aktiviti bola sepak.
"Bagi saya, keputusan CAS (Mahkamah Timbang Tara Sukan) menunjukkan Fifa tidak cukup bukti yang kukuh," kata Hammam.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/18 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Copyright 2010 All Rights Reserved