Harian Metro: Arena |
Posted: 09 Jan 2013 08:58 AM PST Kuala Lumpur: Misbun Ramdan Misbun mengambil keputusan nekad untuk keluar daripada naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kerana ingin berlatih dengan idola yang juga bapanya, Datuk Misbun Sidek. Ramdan menolak sama sekali tindakannya itu dipengaruhi bapanya, malah menegaskan yang Misbun langsung tidak tahu dan kedua-dua beranak itu belum berbincang mengenainya.
Misbun dikatakan melarang anaknya keluar dari BAM demi masa depannya dan mahu Ramdan menuntut ilmu di bawah Hendrawan.
Ketika ditanya adakah dia sedia menghadapi cabaran di luar, tanpa kemudahan latihan sempurna berbanding seperti di BAM, dia berkata: "Saya pasti bapa akan bantu. Bapa mana yang sanggup biarkan anaknya terkapai-kapai sendirian.
Sepanjang menjadi jurulatih, Misbun berjaya membawa adiknya Rashid memenangi pingat perak Olimpik Atlanta, menaikkan nama adik beradik Hashim, dengan Roslin muncul juara di kejohanan antarabangsa dan Muhd Hafiz meraih kejayaan terbesar di Seluruh England, membimbing Wong Choong Hann memenangi perak Kejohanan Dunia 2003 serta membawa Datuk Lee Chong Wei berada di ranking nombor satu dunia paling lama dalam sejarah pemain Malaysia selain memenangi perak Olimpik Beijing.
|
Posted: 09 Jan 2013 08:43 AM PST Seremban: JUARA Piala Sumbangsih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) gagal melebarkan kemenangan mereka selepas tewas kepada LionsXII 0-1 pada perlawanan pertama saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi. Kapten LionsXII, Shahril Ishak muncul wira pasukan pelawat apabila bijak memanfaatkan peluang hasil sepakan sudut pada minit ke-66.
Peluang ATM untuk berada di depan diperoleh pada minit ke-20 menerusi Marlon yang berjaya merembat deras tapi ditepis Izwan manakala cubaan pemain sama pada minit ke-23 sedikit tersasar.
Bersambung separuh masa kedua, anak buah B Sathianathan menggandakan asakan ke kubu lawan dan peluang mereka menembusi benteng pelawat itu diperoleh pada minit ke-49 tapi tendangan bebas Irwan Fadly Idrus dari jarak kira-kira 25 meter terus ke dakapan Izwan.
Ketika ATM ghairah memburu gol, kapten LionsXII, Shahril meletakkan pasukan itu di depan selepas menanduk kemas bola sepakan sudut Nazrul Nazari untuk gol pertama pelawat.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan