Harian Metro: Arena |
Posted: 12 Jan 2013 05:28 AM PST Manchester: Robin van Persie menggesa rakan sepasukan di Manchester United supaya tidak terpedaya dengan kelebihan tujuh mata di puncak Liga Perdana Inggeris, menjelang pertembungan menentang Liverpool, malam ini. United bakal berdepan musuh lama mereka di Old Trafford dan kemenangan akan meletakkan mereka 10 mata di depan Manchester City yang turun menentang Arsenal selepas itu.
"Hanya tujuh mata, kami perlu tumpu pada setiap perlawanan. Kami perlu harungi separuh kedua liga dan berdepan semua pasukan sekali lagi," kata Van Persie.
VAN Persie (kiri) meraikan gol bersama rakan sepasukan. "Kedua-dua pasukan memiliki sejarah hebat. Mereka adalah pasukan yang hebat dan jika tuah memihak mereka, kami pasti berdepan tugas sukar." Pertahanan United, Rio Ferdinand turut memandang serius pertembungan dengan musuh tradisi United itu.
"Permusuhan kedua-dua pasukan begitu mendalam. Liverpool mungkin tidak berjuang memburu kejuaraan tapi bagi penyokong dan pemain, mereka tahu apa ertinya perlawanan ini kepada kelab masing-masing." Sejak tewas 1-3 kepada Stoke City, 26 Disember lalu, Liverpool menang tiga perlawanan berturut-turut, terkini menewaskan kelab divisyen kelima, Mansfield Town, 2-1 dalam Piala FA hujung minggu lalu.
|
Posted: 12 Jan 2013 05:25 AM PST Kuala Lumpur: SUKAN Olimpik London berjaya membuka mata rakyat Malaysia. Berbekal RM50 juta, mampukah program Road to Rio menjanjikan pingat emas pertama Malaysia selepas gagal merealisasikan impian itu di London? Ikuti pandangan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong yang mengharapkan kesinambungan pingat tercipta lagi pada 2016. "Memang benar RM50 juta yang diperuntukkan untuk program Rod To Rio dianggap terlalu besar dan terus terang ia belum menjanjikan pingat emas yang kita harap-harapkan selama ini.
Alhamdullilah Malaysia pulang dengan dua pingat, perak menerusi jaguh badminton perseorangan, Datuk Lee Chong Wei dan gangsa menerusi penerjun Pandelela Rinong biarpun impian sebenar MSN dan tentunya seluruh rakyat adalah meraih emas pertama.
Mereka agak skeptikal mengenai isu ini, selepas RM20 juta yang diperuntukkan untuk program ke London gagal memberi hasil yang diimpikan, biarpun tetap ada kejutan untuk rakyat negara ini menerusi Pandelela.
Jika diikutkan, RM50 juta itu masih belum mencukupi tapi kita perlu manfaatkannya untuk pembiayaan atlet, jurulatih, program latihan, pertandingan dan khidmat sokongan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan