Harian Metro: Arena |
Posted: 15 Jan 2013 12:46 PM PST Kuala Lumpur: Kelantangan kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim yang menuntut transformasi dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mungkin mengundang padah. Dengan 'kuasa' yang ada pada Artikel 88 peraturan badan induk bola sepak tanah air itu, kenyataan Shahidan itu biarpun dilihat sekadar pendapat oleh sesetengah pihak mungkin bakal diteliti sekiranya sekretariat FAM menghantar laporan kepada Jawatankuasa Tatatertib.
Selain itu beliau juga membidas sikap segelintir individu dalam FAM yang tidak berani menyatakan pendirian biarpun tidak berpuas hati kerana mahu menjaga kepentingan peribadi.
Sebelum itu, Naib Presiden, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar menjadi pegawai pertama badan induk kebangsaan itu yang dihukum gantung pada 1991 disusuli Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil pada 1991 dan 2007.
|
Posted: 15 Jan 2013 12:41 PM PST Kuala Terengganu: Terengganu terpaksa berputih mata apabila lemas di depan penyokong sendiri selepas tewas 1-2 kepada Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, petang semalam. Lebih buruk, perlawanan terpaksa dihentikan hampir 10 minit ketika berbaki tiga minit apabila penonton yang tidak puas hati dengan mutu pengadilan penjaga garisan, Mohd Fazli Ishak bertindak membaling botol minuman dan serpihan batu simen ke arahnya.
Sebelum itu, pelawat yang turut diperkuatkan bekas penyerang Terengganu, Francis Forkey Doe membuka jaringan pada minit keenam menerusi S Kunanlan sebelum Mohd Amri Yahyah menambah derita tuan rumah menerusi gol dari luar kotak penalti pada minit ke-16.
"Selain itu, pertahanan juga melakukan kesilapan mudah membiarkan lawan berlegar dalam kawasan sendiri terutama pada babak awal perlawanan di samping ketumpulan penyudah," kata jurulatih Terengganu, E Elavarasan.
"Berdepan kira-kira 10,000 penyokong tuan rumah memang agak sukar buat pemain tapi akhirnya mereka berjaya berjaya menyerap tekanan untuk menang.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan