Harian Metro: Arena |
Posted: 16 Jan 2013 08:51 AM PST Kangar: "Jika benar kenyataan saya salah, tak perlu siasat dan dihukum, cuma beritahu dan saya boleh 'blah' sendiri." Begitu tegas Datuk Seri Shahidan Kassim ketika mengulas laporan beliau mungkin dikenakan hukuman di bawah Artikel 88, nasib sama menunggunya seperti Timbalan Presiden, Tan Sri Annuar Musa, apabila mengeluarkan pendapat mengenai perlunya transformasi dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
"Transformasi itu bermaksud meminta FAM memberi bantuan serta menentang bookie dan (pada masa sama) saya juga secara terang-terangan menyatakan sokongan kepada Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah.
Datuk Seri Shahidan Kassim Selain itu, Shahidan berkata, kenyataannya juga mahukan agar orang yang berada di luar menghentikan kutukan serta cacian kepada FAM kerana ia tidak menyumbang apa-apa disebabkan kuasa untuk perubahan hanya bergantung kepada mereka di dalam.
Shahidan yang menganggap dirinya sebagai penyokong utama Presiden FAM kerana percaya terhadap kemampuan beliau mentadbir FAM dengan berkesan bagaimanapun tetap mahukan badan induk bola sepak negara itu membuat transformasi, termasuk memperkasa persatuan bola sepak negeri.
|
Posted: 16 Jan 2013 08:46 AM PST Melbourne: Maria Sharapova meneruskan dominasinya semalam ketika pilihan kesembilan, Samantha Stosur terkandas pada kejohanan tenis Terbuka Australia, manakala spekulasi hangat diperkatakan mengenai tahap kecergasan Serena Williams. Pemain nombor dua dunia dari Russia itu bagaikan mengajar pemain muda Jepun, Misaki Doi bermain tenis dengan keputusan berat sebelah 6-0, 6-0 sekali gus memastikan pertembungan dengan juara Grand Slam tujuh kali, Venus Williams pada pusingan ketiga.
"Saya hanya mahu keluar ke gelanggang kerana tidak banyak perlawanan tahun ini," katanya. "Saya amat teruja untuk kembali ke gelanggang." Persembahan menakjubkan itu berakhir hanya 47 minit, jauh berbeza dengan pemain Australia, Samantha yang mensia-siakan lima permainan terakhir untuk memberikan pemain China, Zheng Jie laluan ke pusingan berikutnya.
Juara 15 Grand Slam itu yang menjadi pilihan utama kejohanan, mendakwa hanya kecederaan parah akan menghalangnya daripada beraksi pada pusingan kedua menentang pemain Sepanyol, Garbine Muguruza, hari ini.
Agnieszka meraih kemenangan ke-11 berturut-turut tahun ini ketika meneruskan rentak kemenangan berikutan kejuaraan di Auckland dan Sydney sebelum tampil pada kejohanan pertama Grand Slam tahun ini.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan