Harian Metro: Arena |
Strategi baru Savio hadapi aksi LTdL Posted: 02 Jan 2013 09:24 AM PST PENGURUS legenda dunia berbasikal, Gianni Savio yang membimbing Androni-Venezuela sedar berdepan tugas sukar mempertahankan trofi juara keseluruhan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 apabila kehilangan tiga tonggak yang membantu mereka merangkul gelaran itu. Namun pada masa sama, beliau menegaskan kehadiran mereka di bumi Malaysia bukan untuk melancong.
"Patrick Facchini yang mengumpul lapan kemenangan dan dipilih sebagai Pelumba Elit Terbaik Tuttobici Oscar turut menggalas tugas pelumba penting dalam pasukan ini. "Walaupun berkayuh sebagai pelumba pembantu sebelum ini, Carlos Ochoa dan Jackson Rodriguez akan mempunyai lebih kebebasan kali ini dan kami juga memiliki pelumba ketiga, juara kebangsaan ujian masa Venezuela, Tomas Gil. Pelumba keenam kami adalah Omar Bertazzo yang bertindak sebagai pelumba pecut." "Kami bukan datang dengan matlamat memenangi gelaran individu keseluruhan seperti ketika memiliki Serpa, Rujano dan Monsalve beberapa tahun lalu tapi kami akan cuba mencipta beberapa kejutan. Walaupun dengan pelumba kurang terkenal, kami mampu memberi impak dalam jelajah ini," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/03 |
Posted: 02 Jan 2013 09:24 AM PST SLOVAKIA dan Persepolis dari Iran menyambar dua tiket Kumpulan B ke separuh akhir bola sepak Piala Antarabangsa Frenz 2012 selepas melakar kemenangan bergaya ke atas lawan masing-masing di dua gelanggang berbeza, malam tadi. Di Stadium Inspen, Bangi, Slovakia menang selesa 5-0 ke atas kelab dari Thailand, Chonburi FC untuk muncul juara kumpulan, memintas Persepolis dengan kelebihan satu gol walaupun terikat enam mata.
Pada separuh akhir esok, Slovakia akan menentang naib juara Kumpulan A, Frenz United Malaysia manakala Persepolis berdepan anak buah S Balachandran, B-15 Malaysia.
Perlawanan ini juga menyaksikan dua pemain Indonesia, Hendra Putra Satriya muncul pemain pertama dilayangkan kad merah kejohanan yang bermula 28 Disember lalu dan diikuti Reva Adi Putra. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/03 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan