Khamis, 3 Januari 2013

Harian Metro: Rap


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


‘Risau difikir sombong’

Posted: 02 Jan 2013 06:30 AM PST

2012 menjadi tahun indah buatnya. Sinar kerjayanya tampak semakin berkilau dengan penampilannya yang cukup ketara membintangi pelbagai siri mahupun telemovie di kaca TV.

Terbaru, melunaskan watak heroin sebagai Eyza menerusi telemovie, Ady Valentino arahan Ahmad Idham di TV3, Nabilah Ali Dally atau Bella Dally, 21, mengakui amat teruja melangkah ke Tahun Baru 2013 pula.

Tidak mahu melabelkan perancangannya sebagai azam tahun baru, sebaliknya pelakon kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu menyifatkan ia satu tugasan yang perlu dilaksanakan. Dia memang mengharapkan lebih lagi pada tahun ini dalam kerjayanya.

Lembut menyusun bicara petang itu, katanya, meskipun agak lambat terjun ke bidang ini selepas bakatnya dicungkil menerusi program realiti, Pilih Kasih musim pertama, Bella bingkas bangun menyusun rentak melangkah lebih jauh memahat kariernya.


Belum ada yang perlu dia banggakan dan masih tidak mahu selesa, Bella bagaimanapun cukup gembira dengan pencapaiannya sepanjang 2012, namun kini mahu membuka buku baru buatnya terus mara.


"Syukur dengan segala yang saya tempuhi sepanjang tahun ini lebih-lebih lagi dalam karier saya sendiri. Mungkin tidak banyak, tetapi sekurang-kurangnya titik pemula itu sudah ada.

"Memasuki 2013, tiba masanya untuk saya mencurahkan segala kudrat bagi memperkukuhkan lagi nama sebagai pelakon. Tahun ini, saya mahu fokus untuk memperbaiki mutu lakonan saya dan saya benar-benar bersedia untuk dicabar dengan watak berbeza.

"Bukan itu saja, sifat pemalu yang menebal dalam diri saya juga perlu saya atasi mulai sekarang kerana perasaan setiap kali berada di lokasi penggambaran, saya tidak banyak bercampur dan agak berat mulut untuk bercakap ramah-tamah macam orang lain.

"Menyedari kelemahan itu, saya agak risau sekiranya orang ingat saya sombong dan disebabkan sifat itu, susah juga untuk saya meneroka banyak benda baru serta mendalami selok-belok industri hiburan," ujar gadis tinggi lampai ini.

Punya pandangan tersendiri memajukan dirinya, Bella akui sudah mula berasa perlukan cabaran watak yang lebih lagi lantaran selalu sangat diberikan watak antagonis dan karakter terlalu ringan.

Ternanti-nanti untuk dipertanggungjawabkan menggalas watak yang boleh memberi impak, baginya, kualiti masih lagi mengatasi aspek lain.

"Hak memilih watak adalah satu kriteria yang perlu ada dalam diri seorang pelakon. Demikian juga saya sendiri, sebab itulah saya tidak mahu tamak menerima tawaran kerana kuantiti saja bukan penentu ukur bagusnya seorang pelakon itu.

"Sebaik menerima tawaran seseorang pengarah, saya cenderung untuk fokus sepenuhnya kepada satu penggambaran saja kerana di situlah saya boleh curahkan persembahan berkualiti.

"Bagaimanapun, saya mahu lebih bersifat terbuka mencuba karakter baru sekarang ini dan menjadikannya modal buat semua membuka mata mengenai kebolehan sebenar saya.

Ia sangat penting buat orang mengetahui yang saya boleh membawa bukan hanya watak tertentu saja tetapi pelbagai," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/03



Rapat dengan Nazim Othman?

Posted: 02 Jan 2013 06:03 AM PST

BERUSAHA keras menempatkan dirinya dalam kalangan pelakon serba boleh, Bella tidak ketinggalan mempersiapkan diri dengan menghadiri kelas lakonan bagi memantapkan kemahiran dan penjiwaan watak.

Kata pelakon yang sedang membintangi drama Natrah di saluran RTM2 dan 6 Progresif (TV9) itu, walaupun menimba pengalaman setiap kali berada di set penggambaran, namun dia perlu bekalan ilmu lebih lagi agar pengetahuannya serasi dengan kerja.

"Pembelajaran tetap menjadi keutamaan saya untuk mencapai tahap yang lebih bagus.

Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk mendaftarkan diri dalam kelas yang dikendalikan tenaga pengajar berkaliber, Joanna Bessey dan memang nampak kesannya.


Segala ilmu diturunkan Joanna sangat berguna dan menjadi apabila diaplikasikan di set penggambaran," katanya yang turut mencintai dunia fesyen.


Menjadi antara persoalan yang sangat kerap ditanyakan kepadanya iaitu kisah cintanya dengan pelakon kacak, Nazim Othman, Bella sebaiknya tidak mahu hal itu menenggelamkan kariernya.

"Bagi saya, cukup sekadar umum tahu mengenai hubungan kami, namun untuk bercerita lanjut, rasanya tidak payah. Saya hanya boleh katakan, antara kami semuanya baik-baik saja dan masing-masing sibuk mengejar kemajuan karier.

"Sebagai seseorang yang rapat dengannya, saya bangga melihat kemuncak kerjaya Nazim dan paling penting, kami saling menyokong satu sama lain," katanya yang seolah-olah memberikan jawapan yang terselindung.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/03



Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved