Harian Metro: Arena |
Posted: Kuala Lumpur: "Dia (Datuk K Rajagobal) sebagai ketua jurulatih perlu bersikap profesional. Kalau pihak media tanya soalan dia perlu jawab dan bukannya menyuruh orang lain memberikan jawapan. Dia sebagai ketua jurulatih sepatutnya lebih tahu kenapa Piya (Mohd Badhri Radzi) tidak dipanggil bermain dengan skuad kebangsaan dan bukannya orang lain," jelas bekas jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu. Pendirian Karathu itu menggambarkan beliau tidak senang dengan kenyataan Rajagobal yang meminta pihak media mendapatkan penjelasan lanjut kepadanya dan seorang lagi bekas jurulatih The Red Warriors, B Sathianathan mengenai alasan kenapa Badhri tidak mendapat tempat dalam skuad Harimau Malaya kali ini.
"Dia ketua jurulatih boleh beritahu pandangannya tentang Piya, jangan mahu 'cuci tangan'. Memang saya pernah melatih Piya tapi itu dua tahun dulu, mungkin sekarang prestasinya sudah berubah.
M Karathu Selain Safiq, pengendali negara itu turut mengeluh kerana kehilangan K Gurusamy dan Gary Steven Robbart di bahagian tengah namun tetap tidak menyenaraikan Badhri, 30.
|
Darby FC muncul juara berganda Posted: Ampang: Pasukan Darby FC muncul juara berganda Liga Super Futsal Yob4ever edisi keenam di Kompleks Sukan JPS, Ampang apabila merangkul gelaran liga dan juara keseluruhan menewaskan pasukan Netto FC, 3-1, baru-baru ini. Kejohanan futsal tahunan antara ahli Kelab Penyokong Bola Sepak Perak dijalankan secara empat penjuru dengan pasukan menggunakan nama jurulatih import yang pernah menerajui skuad Seladang.
Darby FC berjaya mengumpul 14 mata daripada enam perlawanan liga untuk muncul juara diikuti Netto FC, 11 mata.
Penyampaian hadiah kejohanan disempurnakan pengasas Yob4ever, Mohd Hishamuddin Kasim. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/30 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan