Khamis, 24 Januari 2013

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


3 korban tiang konkrit

Posted: 23 Jan 2013 03:08 PM PST

Muar: "Ya Allah, anak aku Azem, Balqis. Ya Allah.. Esah," raung Md Ghazali Salamon, 46, sebaik jenazah isteri serta dua anaknya diletakkan di beranda rumahnya di Batu 14, Bukit Naning, Jalan Air Hitam-Muar, di sini, semalam.

Sebelum itu, Md Ghazali terpaksa menunggu hampir sejam ketika anggota bomba berusaha mengeluarkan mayat tiga beranak berkenaan yang terbunuh selepas Proton Persona dinaiki mereka dihempap lori 10 tan membawa tiang konkrit.

Kemalangan ngeri itu berlaku betul-betul di depan rumah mereka di Batu 14, Bukit Naning, Jalan Air Hitam-Muar, di sini, pada jam 1.20 tengah hari semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Ngaisah Redzuan, 46, yang juga guru matematik di Sekolah Kebangsaan Bukit Naning dalam perjalanan pulang ke rumah bersama anak, Puteri Balqis Sofea Md Ghazali, 10, dan Faatirrohullah al Azzem, 12.


Sebaik tiba di lokasi kejadian, Ngaisah dikatakan membelok ke kiri jalan untuk memasuki pekarangan rumahnya, namun lori terbabit yang mengekori di belakang tiba-tiba terbabas sebelum terbalik dan muatannya menimpa kereta dinaiki mangsa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/24

Apa salah buka kelab?

Posted: 23 Jan 2013 03:08 PM PST

Kuala Lumpur: "Jangan tanya soalan klise. Ini adalah perniagaan, bukan orang yang bercakap itu bagi rezeki kepada saya. 'Stop all this questions'," kata rocker terkenal Awie sewaktu diminta mengesahkan kebenaran dia menguruskan perniagaan kelab di Ipoh, Perak.

Sekitar penghujung tahun lalu, heboh kononnya Awie atau nama sebenarnya, Azhar Othman, 45, memiliki sebuah kelab dikenali Malai Rock Station Bistro di Ipoh.


Perkara itu tersebar selepas foto-foto majlis perasmian kelab itu yang dilakukan secara tertutup beredar di Internet.

Lantas menimbulkan rasa kurang senang di kalangan segelintir masyarakat Islam memandang imej kelab sebagai pusat hiburan yang mendorong kepada perkara maksiat. Bagaimanapun, ia tidak pernah dibangkitkan sehinggalah pertemuan dengannya sesudah majlis prebiu filem arahan Mamat Khalid, Hantu Kak Limah 2 - Husin, Mon & Jin Pakai Toncit di GSC Midvalley, kelmarin.


"Apa salahnya buka kelab? Kalau macam itu tanya Tan Sri Jojo kenapa dia buka Hard Rock? Adakah buka Hard Rock itu untuk sembahyang?" katanya.


Biarpun apapun situasi temu bual ketika itu, Awie langsung tidak mengiyakan atau menafikan perkhabaran berkenaan.

Foto

AWIE pada majlis prebiu Hantu Kak Limah Balik Rumah, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/24
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved