Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 23 Jan 2013 03:08 PM PST Muar: "Ya Allah, anak aku Azem, Balqis. Ya Allah.. Esah," raung Md Ghazali Salamon, 46, sebaik jenazah isteri serta dua anaknya diletakkan di beranda rumahnya di Batu 14, Bukit Naning, Jalan Air Hitam-Muar, di sini, semalam. Sebelum itu, Md Ghazali terpaksa menunggu hampir sejam ketika anggota bomba berusaha mengeluarkan mayat tiga beranak berkenaan yang terbunuh selepas Proton Persona dinaiki mereka dihempap lori 10 tan membawa tiang konkrit. Kemalangan ngeri itu berlaku betul-betul di depan rumah mereka di Batu 14, Bukit Naning, Jalan Air Hitam-Muar, di sini, pada jam 1.20 tengah hari semalam. Ketika kejadian, mangsa, Ngaisah Redzuan, 46, yang juga guru matematik di Sekolah Kebangsaan Bukit Naning dalam perjalanan pulang ke rumah bersama anak, Puteri Balqis Sofea Md Ghazali, 10, dan Faatirrohullah al Azzem, 12.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/24 |
Posted: 23 Jan 2013 03:08 PM PST Kuala Lumpur: "Jangan tanya soalan klise. Ini adalah perniagaan, bukan orang yang bercakap itu bagi rezeki kepada saya. 'Stop all this questions'," kata rocker terkenal Awie sewaktu diminta mengesahkan kebenaran dia menguruskan perniagaan kelab di Ipoh, Perak. Sekitar penghujung tahun lalu, heboh kononnya Awie atau nama sebenarnya, Azhar Othman, 45, memiliki sebuah kelab dikenali Malai Rock Station Bistro di Ipoh.
Lantas menimbulkan rasa kurang senang di kalangan segelintir masyarakat Islam memandang imej kelab sebagai pusat hiburan yang mendorong kepada perkara maksiat. Bagaimanapun, ia tidak pernah dibangkitkan sehinggalah pertemuan dengannya sesudah majlis prebiu filem arahan Mamat Khalid, Hantu Kak Limah 2 - Husin, Mon & Jin Pakai Toncit di GSC Midvalley, kelmarin.
AWIE pada majlis prebiu Hantu Kak Limah Balik Rumah, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan