Ahad, 6 Januari 2013

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Martelotto wira kemenangan

Posted: 05 Jan 2013 03:53 PM PST

PENDATANG baru Liga Super ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) memberi amaran awal bahawa mereka pasukan yang perlu diberi perhatian musim ini apabila menewaskan juara treble, Kelantan 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 pada aksi sebenar untuk menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah malam tadi.

Pemain import ATM dari Argentina, Bruno Sebastian Martelotto muncul wira apabila menjaringkan sepakan penalti kemenangan selepas Mohd Daudsu Jamaludin gagal menyempurnakan sepakan penalti kelima Kelantan.

Pertemuan juara Liga Super Kelantan dan juara Liga Perdana ATM di Stadium Shah Alam ibarat ulangan aksi final Piala Malaysia September lalu yang dimenangi pasukan gergasi Pantai Timur itu dengan keputusan 3-2.

Biarpun tanpa kelibat penyerang berbisa Marlon Alex James, ATM yang dikendalikan B Sathianathan masih mampu mengancam kubu lawan menerusi percubaan pemain gantian, Syazuan Hazani yang terkena palang di minit ke-15.


Anak buah Bojan Hodak tidak berdiam diri apabila membalas serangan menerusi sepakan dari jarak 25 meter oleh pemain baru dari T-Team, Zairo Anuar Zailani pada minit ke-20 yang berjaya ditepis penjaga gol The Gladiators, Mohd Farizal Harun.


Martelotto menjadi nadi penggerak jentera serangan apabila mencipta peluang untuk Hairuddin Omar namun sepakan kapten pasukan itu sedikit tersasar.

Lima minit sebelum babak pertama berakhir, Kelantan hampir di depan hasil kesilapan pertahanan ATM Amiridzwan Taj Tajudin menolak bola ke belakang yang mencemaskan Farizal.

Mujurlah tindakan susulan penyerang import The Red Warriors, Keita Mandjou selepas itu berjaya dikeluarkan oleh pertahanan tengah ATM, Irwan Fadzly Idrus di atas garisan gol.

Selepas bersambung babak kedua, Kelantan berjaya menggegar gawang ATM apabila rembatan deras Indra Putra Mahayudin dalam kotak penalti berjaya mengelirukan Farizal pada minit ke-55.

Kelantan hampir menggandakan jaringan pada minit ke-60 namun gol percubaan pemenang kasut emas 2006, 2007, Mandjou tidak disahkan pengadil kerana ofsaid.

Ketika permainan berbaki lima minit, Irwan menyekat hajat Kelantan apabila menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma menarik yang gagal diselamatkan penjaga gol, Mohd Syazwan Yusof bagi mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/06



Isteri bulanan

Posted: 05 Jan 2013 01:54 PM PST

Asalkan berpoket tebal, segelintir keluarga wanita di sini sanggup bermenantukan lelaki Malaysia tanpa terlalu memikirkan faktor rupa dan usia, walaupun anak perempuan mereka dilayan umpama isteri bulanan selain berstatus isteri kedua, ketiga, malah keempat.

Yang penting, nasib anak gadis mereka terbela selain dapat menumpang sedikit kemewahan melalui bayaran nafkah yang dihantar secara bulanan iaitu kira-kira sejuta rupiah (RM320) dan perkahwinan itu didaftar secara sah di sini.

Bagaimanapun, tidak siapa tahu gelora si isteri yang hanya bertemu suami dua atau tiga bulan sekali, menyebabkan ada antara mereka sanggup berlaku curang atau digelar selingkuh oleh warga tempatan.

Senario merisaukan itu terbongkar berdasarkan siasatan wartawan Metro Ahad yang berkunjung ke Medan selama seminggu selepas mendapat maklumat, semakin ramai lelaki Malaysia berkunjung ke sini secara senyap-senyap untuk berkahwin lain tanpa pengetahuan isteri pertama.


Lazimnya, perkahwinan pasangan seperti itu bahagia pada peringkat awal sebelum berdepan masalah selepas perkahwinan rahsia berkenaan diketahui isteri pertama.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/06



Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved