Selasa, 8 Januari 2013

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Messi terbaik dunia

Posted: 07 Jan 2013 03:12 PM PST

BINTANG bola sepak kelahiran Argentina, Lionel Messi, 25, dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia buat kali keempat berturut-turut awal pagi tadi.

Anugerah Ballon d'Or FIFA 2012 menjadi milik Messi selepas pemain Barcelona itu memecahkan rekod dengan menjaringkan 91 gol untuk kelab dan negaranya mengatasi legenda bola sepak Jerman, Gerd Muller yang menjaringkan 85 gol pada tahun 1972.

Pemain Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo berada di tempat kedua manakala rakan sepasukan Messi, Andres Iniesta di tempat ketiga.

Dalam Majlis Anugerah FIFA yang diadakan di Zurich, Switzerland itu, Messi menerima 41.60 peratus undian mengatasi C.Ronaldo (23.68 peratus) dan Iniesta (10.91 peratus).


Dia menerima Anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA pada 2009 sebelum memenangi Ballon d'Or FIFA pada 2010 dan 2011 apabila gelaran berkenaan digabungkan dengan anugerah Ballon d'Or yang dianjurkan oleh majalah France Football.


Penyerang legenda Brazil, Ronaldo dan pemain tengah Perancis, Zinedine Zidane dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA sebanyak tiga kali namun bukan secara berturut-turut, manakala Michel Platini memenangi anugerah Ballon d'Or tiga kali berturut-turut pada tahun 80-an. - REUTERS

Senarai Pemenang

  • Jurulatih Terbaik 2012 - Vicente Del Bosque (Sepanyol) dan Pia Sundhage (Bekas jurulatih pasukan wanita Amerika Syarikat)
  • Pemain Wanita Terbaik 2012 - Abby Wambach (AS)
  • Anugerah Puskas (Jaringan Terbaik) - Miroslav Stoch, Fenerbahçe
  • Anugerah Presiden FIFA - Franz Beckenbauer
  • Anugerah FIFA Fair Play - Uzbekistan Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/08
  • Tragedi kandang lembu

    Posted: 07 Jan 2013 03:12 PM PST

    Subang Jaya: "Saya lihat suami seperti ayam dicencang. Mana tidaknya, tempurung kepalanya terkoyak dan jari tangan serta kakinya putus," kata S Sumawari, 44, mengenai kecederaan suaminya, L Ganesh, 41, akibat ditetak dengan parang di sebuah kandang lembu di Batu 14, Puchong, di sini.

    Dalam kejadian jam 7 pagi kelmarin, Ganesh ditetak abang iparnya selepas suspek berusia 52 tahun itu berang dengan tindakannya membuang sampah berhampiran kandang lembu milik suspek.

    Sumawari berkata, ketika kejadian, dia berada di rumah sebelum anak saudara memberitahu suaminya cedera ditetak abangnya.

    "Saya bergegas ke tempat kejadian. Sebaik tiba, saya melihat suami terbaring berhampiran kandang lembu dalam keadaan berlumuran darah.

    Foto

    JARI Ganesh yang ditetak.


    "Suami saya cedera teruk kerana lapan jari kakinya dan ibu jari tangan kanannya putus, manakala tempurung kepalanya terkoyak," katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, semalam.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/08
    Kredit: www.hmetro.com.my

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved