Selasa, 8 Januari 2013

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Golf pupuk nilai positif anak

Posted: 08 Jan 2013 08:17 AM PST

ADA tiga persepsi awal yang diberikan orang ramai mengenai sukan golf. Pertama, ia mainan orang kaya. Kedua, ia sukan yang 'perlahan' dan ketiga, golf adalah permainan untuk orang lemah fizikal (berbadan kurus).

Orang yang aktif dalam sukan ini pasti berkerut dahi menahan geram atau mungkin juga tersenyum sinis membaca anggapan golongan yang kurang mengetahui. Apa pun ja­ngan cepat melatah kerana itu hanya andaian orang. Betul atau tidaknya, kita fikirkan sama-sama.

Sukan yang didominasi golongan Adam ini sebenarnya mampu mewujud­kan semangat kekeluargaan yang tinggi, mengajar mendisiplinkan diri, meningkatkan tumpuan terhadap pelajaran dan pekerjaan serta memberikan lebih keyakinan pada diri sendiri ketika berhadapan khalayak ramai.

Malah, semua perkara yang dinyatakan di atas boleh dipupuk sejak usia muda iaitu seawal tiga tahun. Bagaimana caranya? Tentu saja dengan adanya bimbingan dan dorongan ibu bapa.

Foto

WALAUPUN bertubuh kecil, gaya Emmer bagaikan pemain handalan.

Foto

LETIH bermain, Aina dan bapanya menikmati keindahan alam sekitar di kelab.

Foto

EMMER, Adam, Tiger dan Aina mendapat sokongan padu bapa mereka.


Hal itu diakui Mohamad Redza Mustamam, 43, yang menyokong anak bongsunya, Emmer Myzan Faredz, 10, aktif bermain golf.


"Emmer mula bermain ketika berumur tujuh tahun selepas sering mengikut saya ke kelab untuk bermain golf bersama rakan. Mula-mula memang dia kekok untuk melakukan pukulan, apatah lagi perlu menggunakan kayu golf yang agak berat berbanding keupayaannya. Maklum saja, dia bertubuh kecil dan comel.

"Lama kelamaan, cara permainannya semakin baik dan sebagai bapa, saya lihat Emmer mempunyai gaya dan bakat. Setiap kali saya tengok dia main, saya berasa seronok dan dia juga begitu. Semua itu boleh dilihat menerusi riak mukanya.

"Satu lagi perkara menarik, Emmer menjadi lebih berkeyakinan, tidak malu lagi untuk berborak, berdisiplin, fokus dan mempunyai kekuatan minda yang kuat," katanya yang sudah 11 tahun bermain golf.

Mohamad Redza juga menegaskan, dia tidak pernah memaksa Emmer bermain sukan itu, sebaliknya menyerahkan segala keputusan kepada anaknya dan menasihati ibu bapa lain agar turut melakukan perkara sama.

Ini kerana, sebagai ibu bapa kita hanya boleh memberi tunjuk ajar, nasihat, bimbingan dan dorongan terhadap perkara diminati atau permainan kegemaran anak. Apa cita-cita mereka pada masa depan, itu adalah pilihan serta hak anak.

Sekiranya mereka dipaksa mahupun ditegah dengan cara kasar, kemungkinan besar perkara lain yang akan berlaku contohnya, anak-anak mula menjauhkan diri daripada ibu bapa dan bersikap memberontak.

Emmer ketika ditanya mengapa begitu menyukai golf berkata, sukan ini membuatkan dia lebih yakin pada diri sendiri dan fokus terhadap pelajaran bertambah.

"Walaupun golf tidak perlu kekuatan fizikal seperti sukan lain tetapi ia memerlukan kekuatan minda supaya kita boleh fokus dan bertenang sebelum membuat pukulan.

"Semua sukan akan membuat kita berasa letih. Golf juga tidak terkecuali kerana pemain perlu mengangkat set beg yang mengandungi beberapa iron (kayu golf) sendiri, berjalan dan bermain di tengah panas terik matahari tetapi saya puas.

"Stamina saya juga bertambah selepas aktif bermain golf dan dapat berkenalan dengan lebih ramai pemain muda berpengalaman," katanya yang memegang handikap 18.

Bapanya menambah, satu lagi perkara yang tidak ternilai dengan wang ringgit adalah hubungan bapa dan anak yang terbentuk antara mereka. Selepas meluangkan banyak masa bersama-sama di padang golf, mereka menjadi lebih rapat dan Emmer mudah bercerita atau meluahkan masalahnya kepada Mohamad Redza.

Hubungan akrab itu juga dapat dilihat apabila mereka menyertai pertandingan di luar Kuala Lumpur dan hanya tinggal berdua di bilik hotel. Pada ketika itu, Mohamad Redza perlu memberi sepenuh tumpuan terhadap anak kesayangannya supaya dia tidak berasa jemu selepas penat berlatih dan bermain.

"Saya tidak nafikan sukan ini memang memerlukan belanja yang agak tinggi tetapi bagi saya itu bukan masalah. Jika sudah minat, pasti kita berusaha untuk mendapatkannya. Contohnya, setiap kelab golf mahupun persatuan bertanggungjawab mempunyai pakej atau tawaran harga untuk kanak-kanak.

"Cuba dapatkan nasihat dan bertanya mengenainya jika anda menyedari anak anda meminati golf. Mana tahu, jika ada rezeki, anak kecil itu boleh menjadi juara dunia satu hari nanti," kata­nya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/08

Enak, berkhasiat

Posted: 08 Jan 2013 07:53 AM PST

BAGI penggemar sushi pasti tidak melepaskan peluang menikmati hidangan enak dari negara Jepun ini yang bukan saja mudah dihasilkan tetapi berkhasiat. Bahan digunakan juga senang diperoleh kerana hanya menggunakan sayur-sayuran dan makanan laut saja. Bahagian yang mungkin sukar sedikit adalah untuk mendapatkan nasi yang dimasak enak dan memuaskan iaitu tidak lembik dan berderai.

Menurut Chef Sous dari Hotel Grand BlueWave (HGBWSA) Shah Alam, Chef Christopher Leong, untuk mendapatkan nasi yang dimasak 'cantik' harus mengikut sukatan beras dan air yang sepadan.

Selain itu, tambahan gula, garam dan cuka pula memberikan rasa yang pelbagai terutama apabila dicampurkan bersa­ma makanan laut dan sayur-sayuran.

Selain menggunakan bahan khas, cara membuat kepalan juga perlu dilakukan ketika nasi masih panas. Ini bagi memastikan bentuknya sekata, memudahkan kita meletakkan ikan mahupun potongan sayur selain membolehkan ia digulung kemas.


"Sushi nigiri paling mudah dibuat kerana hanya menggunakan nasi dan isi ikan saja. Gulungan California temaki pula perlu dibalut menggunakan daun nori bersama isi ketam, ikan dan sayur-sayuran.


"Untuk lebih menyelerakan, bolehlah dicampur mayonis, dicicah bersama syouyu atau dimakan begitu saja," katanya yang ber­pengalaman selama 16 tahun dalam bidang perhotelan.

Christopher juga bertanggungjawab menyediakan pelbagai resipi untuk menu hidangan Jepun di HGBWSA.

Bahan-bahan

  • 800 gram beras (minshiki) sumo calrose
  • 1,215 mililiter air
  • 100 mililiter cuka
  • 85 gram gula
  • 20 gram garam

    Cara memasak

    1. Basuh beras minshiki sumo calrose.

    2. Campurkan semua bahan di atas dan masak.

    3. Larutkan gula dan garam di dalam air panas. Apabila sudah larut, biarkan seketika sehingga sejuk sementara menunggu nasi masak.

    4. Apabila nasi masak, keluarkan nasi dan masukkan ke dalam bekas.

    5. Masukkan cuka mengikut sukatan.

    6. Tambahkan larutan gula dan garam dengan menuangnya sedikit demi sedikit.

    Sushi nigiri

    Bahan-bahan:

  • Salmon segar (shake)
  • Tuna putih (aburo dozu)
  • Udang harimau (ebi)

    Gulungan California temaki

    Bahan-bahan:

  • 1 batang isi ketam
  • Hirisan timun Jepun
  • Udang harimau
  • Mayonis
  • Sayur-sayuran Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/08
  • Kredit: www.hmetro.com.my

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved