Harian Metro: Setempat |
Posted: 09 Jan 2013 12:55 PM PST Kuala Lumpur: Akibat cuai meninggalkan motosikal tanpa mematikan enjin ketika masuk seketika dalam kedai membawa padah kepada seorang tukang cat apabila motosikalnya dilarikan seorang pengawal keselamatan di Jalan Hang Lekiu, di sini kelmarin. Difahamkan, mangsa berusia 50 tahun itu meninggalkan motosikalnya dalam keadaan tergesa-gesa sebelum masuk dalam kedai untuk membeli barang.
Bagaimanapun, dalam tempoh 48 jam, kenderaan itu dikesan Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K) ketika membuat rondaan mengesan nombor pendaftaran palsu di Jalan Imbi, jam 7.30 malam.
"Lelaki terbabit ditahan sebelum dia mendakwa kononnya motosikal berkenaan dipinjam daripada rakannya," katanya, semalam. "Selain itu, dia turut memiliki rekod dikehendaki polis atas kesalahan dadah dan laporan tangkapan dibuat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/10 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan