Jumaat, 11 Januari 2013

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Gagal jual tiga traktor curi

Posted: 10 Jan 2013 02:22 PM PST

Serdang: Empat lelaki yang dianggap penyamun amatur berputih mata selepas tindakan mereka cuba menjual tiga traktor berharga RM210,000 gagal selepas ditahan polis, Sabtu lalu.

Semua mereka yang berusia 30 hingga 50 tahun itu baru pertama kali terbabit kegiatan itu dengan harapan mendapat wang mudah.


Namun kegiatan mereka tumpas selepas pemilik syarikat traktor jenama Kubota yang berpusat di Puchong, di sini, membuat laporan polis pada 3 Januari lalu selepas pelanggan mereka di Ipoh membuat aduan mengatakan pesanan mereka tidak sampai walaupun sudah enam hari dihantar.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, siasatan awal mendapati empat lelaki terbabit termasuk pemandu syarikat penghantaran traktor itu berpakat melarikan jentera berkenaan sebelum menyimpannya di sebuah stor di Taiping untuk dijual semula kepada pembeli.


Katanya, pembabitan pemandu syarikat itu terbongkar selepas usaha syarikat traktor itu menghubungi pemandunya gagal selepas talian telefon bimbit ditutup menyebabkan majikannya membuat laporan polis kerana curiga dengan kejadian itu.


"Hasil siasatan kami menyerbu sebuah stor di Taman Simpang Bersatu, Taiping, yang menyimpan alat jentera bernilai RM210,000 dan menahan empat lelaki masing-masing dua di Tanjung Malim dan dua lagi di Ipoh.

"Semua yang ditahan tiada rekod jenayah lampau dan mereka disyaki baru mencuba untuk bergiat aktiviti curi dengan niat mahu menjual alat jentera itu," katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/11
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved