Jumaat, 11 Januari 2013

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Tudung mudah diurus

Posted: 11 Jan 2013 10:12 AM PST

KOLEKSI tudung jenama RedGlow banyak mengetengahkan teknik lipatan dan kedutan di bahagian atas serta tepi tudung.

Bukan saja gaya pemakaiannya dipelbagaikan malah tambah menarik apabila ia disertai perincian seperti manik dan kerongsang untuk menyerlahkan lagi penampilan.

Diperbuat daripada kain berkualiti tinggi seperti sifon, rekaan RedGlow kali ini mengetengahkan teknik lipatan itu sebagai keistimewaannya.

Perekanya, Nor Azura Rahim berkata, selain tudung eksklusif itu, wanita yang menggemari gaya serban juga boleh mendapatkannya apabila berkunjung ke butik berkenaan.


"Setiap rekaan tudung yang dihasilkan mengambil kira aspek keselesaan pemakai. Kami mahukan semua jenis tudung sama ada selendang mahupun gaya serban mudah diuruskan serta tidak membataskan pergerakan wanita seharian.


"Kain sifon dan shantung digunakan kerana bukan saja memberikan keselesaan kepada pemakai, malah tidak mudah renyuk serta tidak panas walaupun digayakan untuk tempoh yang lama.

"Kami selalu meletakkan diri sebagai seorang pelanggan yang mahukan rekaan tudung mereka itu cantik, selesa dan menepati kehendak diperlukan," jelasnya yang ditemui baru-baru ini.

Pada masa sama, mainan warna terang dan pastel seperti biru, merah jambu, biru firus dan hijau memonopoli koleksi tudung jenama berkenaan yang bertapak di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor ini.

Sekali lihat, tudung rekaan jenama ini tidak banyak bezanya dengan kebanyakan jenama lain tetapi ia sebaik mungkin dibezakan dengan menambah perincian aksesori untuk memberikan kelainan dan corak yang lebih menarik.

Penghasilan bentuk tudungnya juga dihasilkan berdasarkan permintaan pelanggan yang arif dengan perkembangan dunia fesyen Muslimah masa kini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/12

Hadiah istimewa buat tersayang

Posted: 11 Jan 2013 09:48 AM PST

Seindah gema alunan muzik dengan irama denyutan jantung bersatu membawa memori indah kasih sayang yang diterjemah melalui iringan melodi mengujakan.

Bermula dengan kisah pertemuan rakan disaya­ngi sehinggalah bersama berkongsi cerita dan keriangan, ia sentiasa menggamit kenangan meruntun jiwa.

Hanya dengan kasih sayang yang utuh, kita sentiasa setia berganding bahu bersama menghadapi segala kesusahan dan kesenangan bersama.

Bukan itu saja, melalui cinta kita dapat merasai keindahan apabila dua

hati menjalin hubungan istimewa sehingga menerbitkan perasaan sungguh indah.

Memahami keindahan perasaan dimiliki antara sahabat dan kekasih, jenama barang kemas, TSL Jewellery menampilkan koleksi terbarunya, Love Sonata yang direka untuk menyatukan dua hati.

Bentuk bulatan yang melambangkan kesempurnaan dan cinta berkekalan itu boleh dijadikan hadiah buat insan tersayang.

Bentuk pusingan sempurna cuba ditampilkan sebagai tema utama yang menjadi simbol ketabahan dan komitmen pasangan.

Dua bentuk bulatan bersambung antara satu sama lain melambangkan maksud jalinan hati yang melengkapi pasangan yang sentiasa memberi sokongan dalam menghadapi suka dan duka.

Reka bentuk paksi pula menonjolkan ekspresi ikatan hati untuk mengatasi cabaran berliku.

Ia terdiri daripada emas putih 18K dan emas mawar dengan kehadiran berlian dalam rekaan rantai, cincin dan subang.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/12
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved