Harian Metro: Setempat |
Posted: 10 Jan 2013 02:22 PM PST Serdang: Empat lelaki yang dianggap penyamun amatur berputih mata selepas tindakan mereka cuba menjual tiga traktor berharga RM210,000 gagal selepas ditahan polis, Sabtu lalu. Semua mereka yang berusia 30 hingga 50 tahun itu baru pertama kali terbabit kegiatan itu dengan harapan mendapat wang mudah.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, siasatan awal mendapati empat lelaki terbabit termasuk pemandu syarikat penghantaran traktor itu berpakat melarikan jentera berkenaan sebelum menyimpannya di sebuah stor di Taiping untuk dijual semula kepada pembeli.
"Semua yang ditahan tiada rekod jenayah lampau dan mereka disyaki baru mencuba untuk bergiat aktiviti curi dengan niat mahu menjual alat jentera itu," katanya dalam sidang media di sini, semalam. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/11 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan