Harian Metro: Setempat |
Posted: Puchong: Hasrat seorang pekerja kilang SIG Gases Bhd (SIG) menikmati hidangan ikan yang dipancing di Sungai Rasau berhampiran Puchong Gateway, di sini, tidak kesampaian apabila dia dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan 'kepala air', kelmarin. Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa, S Hemanathan, 29, yang memancing bersama rakannya, P Vimalnathen, 28, berdepan saat mencemaskan apabila dihanyutkan arus deras ketika memancing di bawah jambatan sungai berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Penolong Kanan Penguasa Bomba Jafri Amat berkata, kedua-dua lelaki terbabit memancing dengan ditemani isteri Vimalnathen dan wanita berkenaan yang menghubungi pihak berkuasa selepas menyedari kejadian itu.
Menurutnya, dalam situasi cemas itu, Vimalnathen menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing konkrit dan berpaut sebelum dibantu orang awam yang berada di tempat kejadian. "Rakan mangsa cuba mengejar mangsa, tetapi gagal kerana arus sungai semakin deras sebelum terpaksa pasrah dan menunggu pasukan penyelamat tiba," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan