Sabtu, 5 Januari 2013

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Batu terjulur keluar siling

Posted: 04 Jan 2013 02:24 PM PST

BESTARI JAYA: Kira-kira 80 penghuni Taman Pancaran, Ijok, dekat sini, kini dihantui kebimbangan selepas bumbung rumah mereka seperti tidak stabil hingga ada antaranya runtuh menyebabkan nyawa mereka kini terancam.

Setakat ini, hanya dua rumah mengalami kerosakan teruk kerana konkrit di bahagian siling mula runtuh.


Penghuni, K Mayavan, 80, berkata, kejadian disedari jam 10 pagi kelmarin, ketika dia berada di luar rumah.

"Mulanya saya terdengar seperti guruh dan bunyi kuat sedangkan ketika itu cuaca terang-benderang lalu saya menyangka jiran sedang memindahkan barang.


"Bagaimanapun, sebaik mahu masuk ke rumah saya terkejut melihat debu memenuhi ruang tamu selain benjolan batu besar terjulur keluar dari siling," katanya.


Ekoran itu, beliau segera mendapatkan bantuan rakan sebelum mereka membuat laporan polis yang kemudian datang bersama sepasukan anggota bomba bagi melihat kejadian.

"Rupa-rupanya bukan rumah saya sahaja, malah satu deret rumah di sini mengalami masalah sama apabila struktur bumbung mula condong, sekali gus mengancam keselamatan penghuni.


"Bila-bila masa saja rumah ini boleh runtuh jadi kami takut untuk masuk dalam rumah," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penghuni, A Selvakuna, 51, berkata, ketika kejadian, dia tiada di rumah dan terkejut sebaik melihat orang ramai memenuhi laluan masuk ke lorong kawasan rumahnya.


"Saya ingatkan kawasan ini ada kebakaran, tetapi terkejut apabila melihat bumbung rumah saya menyondong ke kiri dan kelihatan seperti mahu runtuh," katanya.


Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang melawat kawasan berkenaan semalam berjanji membantu membaiki bumbung rumah penduduk melalui Unit Perancangan Ekonomi (Upen).


"Kami ketepikan dulu soal bagaimana kejadian ini sebaliknya cuba atasi masalah penduduk, hari ini (semalam) juga kami akan hulurkan bantuan kecemasan RM500 bagi meringankan beban mereka," katanya.


Beliau juga memberitahu Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) akan memantau keadaan dan menghantar pakar bagi meneliti tahap keselamatan rumah mangsa hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/05



Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved