Harian Metro: Setempat |
Posted: 07 Jan 2013 02:27 PM PST Kuala Lumpur: Seorang ibu tunggal beranak tiga sekali lagi membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, ekoran tidak tahan lagi diganggu samseng along. Sebelum ini, ibu tunggal berkenaan mengadu di biro sama tahun lalu.
Beliau berkata, anaknya diculik kumpulan along pada 2009 dan Februari tahun lalu.
ZARINA bersama anak bongsunya yang pernah diculik samseng along. "Tanpa pengetahuan, suami membuat pinjaman menggunakan nama saya hingga kumpulan along mencari saya dan kini lebih empat kali berpindah rumah demi keselamatan diri serta tiga anak perempuan berusia lima hingga 12 tahun," katanya di sini, semalam. Menurutnya, dia trauma selepas anak bongsunya diculik along pada Februari tahun lalu selama sebulan selepas tidak mampu membayar pampasan RM4,000 ekoran tiada wang.
Harian Metro 6 Januari tahun lalu melaporkan, Zarina membuat aduan di MCA selepas diburu along dan sudah tiga kali berpindah rumah ekoran hutang yang dipinjam suaminya sebanyak RM15,000.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan