Harian Metro: Arena |
Posted: Kangar: Belum masanya lagi bawa masalah bookie kepada Fifa, walaupun PFA (Persatuan Bola Sepak Perlis) ada bukti cukup membuktikan wujudnya gejala itu dalam kancah bola sepak Malaysia. Demikian kata Datuk Seri Shahidan Kassim selepas ditanya mengenai tindakannya selepas dihukum Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) awal minggu lalu.
Harian Metro sebelum ini melaporkan beberapa kes rasuah melibatkan pemain Perlis dilaporkan serta disiasat pihak SPRM sejak tahun lalu sebelum disusuli beberapa lagi kes yang sama memebabitkan pemain lain disiasat suruhanjaya berkenaan awal tahun ini.
Datuk Seri Shahidan Kassim "Saya tidak akan mendedahkannya atas beberapa faktor lain namun saya akan melakukannya sedikit masa lagi," katanya.
"FAM mengambil langkah menyiasat terlebih dahulu ke atas kenyataan beliau (Tunku Ismail) berbeza dengan apa yang berlaku kepadanya yang terus dikenakan hukuman.
|
Posted: Bangkok, Thailand: Thaworn Wiratchant akan mengetuai senarai pemain yang turut membariskan pemain nombor satu dulu dan kini untuk menyertai Terbuka Thailand, kejohanan pembuka tirai Jelajah One Asia tahun ini. Tahun lalu, pemain golf Thailand yang ketika itu berusia 45 tahun 351 hari itu menjadi pemain tertua menjulang gelaran No 1 Asia selepas melalui musim gemilang yang menyaksikannya menjuarai Jelajah Asia tiga kali dan mengumpul 15 gelaran peribadi.
Sebelum itu, Thaworn, yang mempunyai cita-cita untuk menjuarai kejohanan Terbuka di tanah airnya akan mengetuai senarai pemain di Thana City Golf & Sports Club di pinggir Bangkok dari 14 hingga 17 Mac ini.
Thaworn yang menjuarai 19 gelaran antarabangsa termasuk Terbuka Indonesia 2011 bermain dalam setiap edisi Terbuka Thailand sejak 1988 tetapi masih belum pernah meraih kejayaan.
"Bagi seorang rakyat Thailand, anda berhak mendapatkan trofi itu," kata Thaworn yang menjelaskan hanya dua pemain Thailand iaitu Suthep Meesawat dan Boonchu Ruangkit menjuarai Terbuka Thailand sejak 1965.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan