Ahad, 24 Februari 2013

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Jadikan agenda harian tanpa alasan

Posted:

Gelombang hidup sihat mula melanda negara kita, tetapi sedihnya sebilangan besar masyarakat Malaysia kurang memberikan perhatian kepada penjagaan kesihatan dan lebih teruk ke-rana mengandaikan mereka bebas daripada penyakit.

Nampaknya tanpa sedar ramai yang memegang konsep 'Saya sihat sehinggalah dibuktikan sakit'. Ia konsep pincang yang perlu dibuang kerana pegangan seperti inilah membuatkan ramai tidak melihat kepentingan pemeriksaan kesihatan, walaupun sedar mengamal-kan gaya hidup yang boleh menjerumuskan ke lubuk penyakit.

Antara cara untuk menjaga kesihatan ialah dengan bersenam. Semua orang tahu perkara ini, tetapi berapa ramai yang benar-benar sedar dan menjadikannya sebagai satu agenda harian yang wajib dilakukan?

Ramai pakar perubatan menyifatkan senaman antara ubat yang bukan saja murah, malah amat berkesan dalam merawat dan me-ngawal pelbagai masalah kesihatan. Namun, masih ada kelompok yang mencari-cari alasan untuk melepaskan diri daripada menunaikan tuntutan badan ini.

Foto

BERSENAM di rumah pun boleh.


Bahkan ada banyak kepercayaan salah mengenai senaman. Berikut disenaraikan beberapa fakta untuk kita renungkan bersama dan moga-moga boleh dijadikan perangsang bagi memulakan gaya hidup yang lebih cergas dan sejahtera.

Kepercayaan: Cuba bersenam, tetapi tiada guna kerana penuaan tidak dapat dielakkan.

Hakikat: Memang proses penuaan tidak dapat dielakkan. Penuaan sudah berlaku sebaik kita dilahirkan, tetapi bukan bermakna ia tidak berguna. Bersenam penting untuk mengekal-kan kesihatan supaya kita boleh menikmati kehidupan hari tua yang sejahtera. Tua bukan bermakna kita tidak boleh bersenam kerana ada warga emas yang berusia lebih 60 atau 70 tahun masih boleh menyertai maraton.

Kesan bersenam bukan pada kesihatan fizikal saja, ia juga boleh merangsang daya ingatan dan mencegah daripada masalah nya-nyuk. Ia juga membantu kita mengekalkan kemampuan berdikari, tidak perlu bergantung kepada orang lain terutama ahli keluarga dan membolehkan kita melakukan aktiviti kegemaran. Inilah sebabnya senaman itu perlu dijadikan satu gaya hidup kita.

Kepercayaan: Senaman tidak sesuai untuk semua orang terutama yang sudah tua, dikhuatiri terjatuh dan mungkin patah tulang.

Hakikat: Senaman adalah cara untuk mengurang-kan risiko terjatuh kerana ia membantu membina kekuatan, meningkatkan keseimbangan badan dan kelincahan.

Senaman seperti tai chi adalah contoh senaman yang sangat berguna untuk memperbaiki keseimba-ngan badan. Masalah tulang lemah dan reput (osteoporosis) juga boleh dikurangkan risikonya dengan bersenam secara teratur dan menjaga pemakanan.

Kepercayaan: Saya sakit, saya tidak boleh bersenam.

Hakikat: Dalam sesete-ngah keadaan kita memang disarankan untuk berehat seperti ketika demam. Namun, secara umumnya semua doktor menasihatkan pesakit mereka supaya bersenam mengikut kemampuan, hatta mereka yang baru menjalani pembedahan termasuk pembedahan jantung.

Banyak pesakit kronik juga disarankan supaya bersenam. Bersenam adalah antara 'ubat' penting untuk banyak jenis penyakit kronik termasuk kencing manis, tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi, sakit jantung dan artritis.

Bagaimanapun berbincanglah dengan doktor terlebih dulu mengenai kesesuaian jenis senaman yang anda rancang untuk belajar cara selamat melakukan-nya.

Kepercayaan: Saya bimbang dapat serangan jantung ketika bersenam.

Hakikat: Memang ada orang yang mendapat serangan jantung ketika bersenam. Bagaimanapun, kita perlu ingat, serangan jantung boleh berlaku bila-bila masa termasuk ketika tidur. Namun, manfaat kesihatan daripada bersenam itu jauh lebih tinggi berbanding risikonya.

Malah, orang yang tidak pernah atau jarang-jarang bersenam mempunyai risiko lebih tinggi mengalami serangan jantung berbanding individu yang aktif.

Kepercayaan: Senaman akan menyebabkan sendi saya sakit.

Hakikat: Orang yang mengalami masalah sakit sendi (artritis) sangat digalakkan untuk bersenam mengikut kemampuan masing-masing.

Menurut jurupulih kerja, Charlie Tan, bersenam perlu dianggap sebahagian daripada ubat wajib pada pesakit artritis kerana ia syarat wajib untuk mengelakkan sendi daripada kehilangan fungsinya. Lebih banyak anda bergerak, otot dan sendi akan menjadi lebih kuat.

Bagaimanapun anda perlu 'menghormati' sendi anda. Jika rasa terlalu sakit, berehatlah dan pergilah berjumpa doktor. Belajarlah kaedah senaman bersesuaian dengan masalah anda.

Kepercayaan: Saya terlalu letih atau lemah untuk bersenam.

Hakikat: Orang yang baru menjalani pembedahan atau baik daripada penyakit memang berasa lemah walaupun untuk berjalan. Bagi pesakit jantung contohnya, mereka disaran untuk ba-ngun dan berjalan perlahan-lahan sebaik berada di wad biasa.

Doktor bukan mahu menyeksa kita sebaliknya mereka mahu pesakit cepat sembuh. Kalau rasa lemah, cubalah berjalan di keliling katil saja, beberapa kali sehari. Pada hari kedua, berjalan jauh sedikit, mungkin sekitar kawasan wad. Bersenam, walaupun perlahan akan merangsang proses penyembuhan.

Bagi mereka yang berasa 'tidak bertenaga' apabila sampai di rumah dari tempat kerja, cubalah luangkan masa untuk bersenam. Buat senaman ringan di dalam rumah seperti menari, turun naik tangga atau berjalan setempat sehingga berpeluh (dalam 15 hingga 20 minit). Anda akan rasa lebih bertenaga selepas bersenam. Malah, emosi juga akan bertambah baik.

Kepercayaan: Saya sudah berumur dan tidak pernah bersenam, jadi sudah terlewat untuk melakukannya.

Hakikat: Tiada umur yang dikatakan terlalu lewat untuk mula bersenam, hatta anda sudah memasuki umur emas. Bersenam mengikut kemampuan boleh membantu menguatkan kekuatan otot.

Semakin kita berusia, semakin banyak risiko pe-nyakit yang menunggu. Jadikanlah senaman sebagai 'makanan' harian untuk mengembalikan kesihatan. Bahkan jika kita sudah ada penyakit pun, banyak kajian menunjukkan bersenam boleh membantu kita mengawal penyakit dengan lebih baik.

Kepercayaan: Wanita tidak sepatutnya lakukan senaman angkat bebanan, nanti badan berketul-ketul.

Hakikat: Senaman me-ngangkat bebanan yang dilakukan secara sederhana tidak akan membuatkan badan wanita jadi seperti ahli sukan bina badan. Bukan mudah untuk mempunyai badan begitu kerana perjalanan untuk sampai ke tahap itu amat payah.

Pembentukan otot pada lelaki berlaku lebih cepat kerana mereka mempunyai hormon testosteron. Jika wanita mahukan badan berketul seperti lelaki, mereka perlulah mengambil hormon testosteron (hormon yang memberikan ciri lelaki) yang banyak.

Bagi kita yang bersenam pada kadar sederhana, tidak perlu takut untuk melakukan senaman mengangkat bebanan. Senaman angkat berat penting untuk me-ngurangkan paras lemak dalam badan, meningkat-kan jisim otot dan membakar kalori dengan lebih cepat serta berkesan.

Kepercayaan: Jika sudah kurus dan tiada masalah berat badan berlebihan, tidak perlu bersenam.

Hakikat: Satu perkara yang perlu kita fahami ialah kurus bukan bererti sihat. Di sekeliling kita berapa ramai orang kurus yang sakit? Mung-kin ramai tidak sedar bahawa orang kurus juga boleh mempunyai paras lemak badan yang tinggi.

Menurut penyelidik di Klinik Mayo, lebih daripada separuh golongan dewasa dengan berat badan normal termasuk dalam kategori ini, mempunyai lebih 30 peratus lemak badan bagi wanita dan 20 peratus bagi lelaki.

Kandungan lemak badan yang tinggi meletakkan orang kurus sama kedudukannya dengan risiko individu gemuk (obes) untuk mendapat penyakit kencing manis.

Tujuan bersenam bukan sekadar menurunkan berat badan, tetapi ia mempu-nyai banyak kebaikan lain. Antara manfaat lain bersenam ialah ia boleh membantu mengembalikan tekanan darah ke paras normal, memudahkan kawalan penyakit, mening-katkan kecergasan, mengurangkan rasa letih dan membuatkan kita rasa tenang.

Kepercayaan: Tidak berguna bersenam jika berat badan tidak berkurang.

Hakikat: Seperti dijelaskan di atas, bersenam bukan untuk menurunkan berat badan semata-mata. Bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan, perlu ada tiga perkara pokok iaitu kesungguhan, mengurang-kan pengambilan makanan dan meningkatkan pergerakan (aktiviti fizikal).

Janganlah dua tiga hari bersenam sudah mengharapkan berat badan turun satu atau dua kilogram. Berat badan bertambah perlahan-lahan, penurunannya juga perlulah mengambil masa.

Kepercayaan: Kita boleh lakukan senaman khusus untuk membuatkan bentuk anggota tertentu jadi cantik.

Hakikat: Ini kepercayaan karut yang akan melunturkan semangat seseorang untuk terus bersenam selepas mendapati tiada perubahan pada anggota tertentu seperti diharapkan.

Tidak usahlah habiskan tenaga buat satu perkara yang tidak mendatangkan faedah. Senaman secara teratur dan berterusan akan memberikan hasil yang kita idamkan termasuk banyak perkara baik lain yang tidak kita sedari.

Kepercayaan: Kalau saya sudah bersenam 30 hingga 45 minit, saya boleh buat atau makan apa saja.

Hakikat: Bersenam bukan tiket untuk kita mengamalkan pemakanan sesuka hati. Malah, ia juga bukan laluan yang membolehkan mengamalkan gaya hidup 'malas bergerak' pada kebanyakan hari.

Kajian yang dilakukan Persatuan Kanser Amerika ke atas 123,000 orang sihat mendapati wanita yang duduk selama enam jam sehari mempunyai kebarangkalian 40 peratus mati cepat berbanding kumpulan yang banyak bergerak.

Kepercayaan: Bersenam di gimnasium lebih baik.

Hakikat: Tidak kira di mana pun anda bersenam, semuanya memberikan manfaat dan meningkat-kan tahap kesihatan. Kita tidak perlu berbelanja besar untuk sihat. Jangan cemburu pada orang yang mampu menjadi keahlian pada mana-mana gimnasium berprestij kerana anda boleh mendapat kesan sama dengan bersenam di taman rekreasi.

Banyak taman rekreasi di negara kita dilengkapi dengan peralatan yang lebih kurang sama dengan di gimnasium dan boleh digunakan secara percuma.

Kepercayaan: Senaman boleh menukar lemak kepada otot.

Hakikat: Tidak kira senaman apa yang anda lakukan, ia tidak boleh menukar lemak kepada otot. Sel lemak tidak akan bertukar kepada sel otot atau sebaliknya. Ia adalah dua tisu yang berbeza, kata Ketua Program Sains Senaman di Kolej Quincy, Massachusetts, Amerika Syarikat, Dr Wayne Westcott.

Kita menjadi gemuk apabila sel lemak dipenuhi dengan lemak. Seseorang yang gemuk mempunyai jumlah sel lemak yang lebih banyak berbanding orang kurus. Bersenam boleh mengurangkan kandungan lemak di dalam sel lemak dan menambah saiz sel otot kita.

Kepercayaan: Saya tiada masa untuk bersenam.

Hakikat: Berhentilah menggunakan alasan lapuk ini. Apa yang badan perlukan hanyalah 20 hingga 30 minit sehari daripada 24 jam yang diberikan pada kita. Tidak perlu lakukan dalam satu sesi, boleh pecahkan kepada tiga sesi, 10 minit satu sesi. Contohnya 10 minit berjalan cepat pada waktu pagi dan 20 minit bermain badminton, berbasikal atau menari pada waktu petang - hak badan kita sudah tertunai!

Untuk menyemarakkan semangat, ajak ahli keluarga misalnya pasangan dan anak-anak untuk bersenam bersama. Sesi senaman akan jadi lebih meriah dan menyeronokkan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/25

Akibat terhidu candu bapa

Posted:

Sekali pandang mereka tidak ubah seperti kanak-kanak lain. Mereka bermain badminton, berebut menyepak bola dan leka apabila menghadap permainan komputer - sama seperti kanak-kanak normal di mana-mana tempat di dunia. Bezanya, kanak-kanak ini yang berumur antara tiga hingga 12 tahun sedang menjalani proses pemulihan penagihan dadah.

Memang sedih dan kasihan apabila memikirkan keadaan mereka, namun ini hakikat yang berlaku di Afghanistan. Mereka mewakili pecahan penduduk Afghanistan yang semakin ramai menagih dadah.

Inilah sebabnya jumlah pusat pemulihan juga bertambah bagi membantu kanak-kanak malang ini bebas daripada masalah penagihan dan memberikan mereka kehidupan baru. Inilah juga cabaran yang perlu dihadapi oleh pemerintah di negara yang menghasilkan 90 peratus bekalan candu dunia untuk dijadikan heroin.

Walaupun tiada statistik mengenai jumlah penagih dadah kanak-kanak, pakar berkata kadar penagihan dalam kalangan ibu bapa mereka amat tinggi.


Ketika lawatan, kelihatan dua kanak-kanak perempuan berpakaian seragam warna biru leka bermain badminton dan tidak jauh dari mereka, sekumpulan kanak-kanak lelaki bermain bola sepak. Semuanya cergas, aktif dan sihat - satu keadaan yang sangat jauh berbeza berbanding ketika mereka mula sampai ke pusat pemulihan berkenaan.


"Kali pertama saya bertemu mereka, kanak-kanak itu kelihatan tertekan dan bersedih. Kalau bermain pun tidak cergas seperti sekarang. Ketika itu mereka tidak kisah langsung pasal kebersihan," kata penjaga kanak-kanak, Massouma Khatima.

"Mereka kelihatan seperti 'hantu'," sampuk seorang lagi penjaga di pusat berkenaan.

Pusat pemulihan itu yang diselenggarakan oleh badan kebajikan Afghanistan, Wadan, yang turut menerima bantuan kewangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, memberikan perkhidmatan pemulihan penagihan kepada 25 kanak-kanak dan 35 wanita supaya mereka boleh menikmati kehidupan yang bebas daripada dadah.

Dalam proses pemulihan ini, mereka yang mengalami masalah cirit-birit, sembelit atau sakit kepala yang disebabkan dadah akan diberikan rawatan perubatan. Bagi penagih dewasa yang mengalami gejala lebih teruk akan dirawat dengan kaedah hidroterapi atau terapi air - mandi dengan air sejuk sehingga menggigil.

Marwa, 10, antara kanak-kanak perempuan yang baru pulih daripada penagihan. Kini dia mula menyimpan cita-cita menjadi jurutera, satu impian yang jauh untuk digapai bagi kanak-kanak daripada komuniti miskin di mana sangat jarang kaum wanitanya diberi peluang ke sekolah.

"Saya sudah mengambil pil tidur sejak bayi. Akibatnya, saya selalu rasa mengantuk dan tertidur. Saya juga sering sakit kepala. Saya tidak boleh belajar. Kawan-kawan saya semuanya pandai-pandai, mereka cepat tangkap apa yang diajar. Mereka selalu ketawakan saya dan memanggil saya 'si mengantuk'.

"Sekarang saya rasa jauh lebih baik walaupun belum 100 peratus pulih. Sekarang saya boleh belajar untuk bermain," katanya.

Pentadbir pusat pemulihan, Fazalwahid Tahiri berkata, di wilayah Nangarhar yang terletak di timur Afghanistan, ramai mencampurkan pil tidur dalam susu yang dibancuh untuk kanak-kanak. Namun biasanya kanak-kanak diberikan bubur bercampur candu yang digunakan secara meluas untuk merawat influenza dan sakit perut.

"Oleh kerana candu mudah diperoleh, sesetengah pihak tidak menganggap keadaan ini akan menyebabkan ketagihan dadah, sebaliknya ia dijadikan ubat tahan sakit," sambungnya.

Di Afghanistan, kebanyakan kanak-kanak menjadi penagih dadah disebabkan tindakan ibu bapa mereka sendiri. Mereka menghidu asap candu yang dihisap oleh bapa di rumah, kata doktor di pejabat PBB bagi Jenayah dan Dadah (UNODC), Zarbadshah Jabarkhail.

Atau mereka diberikan candu secara langsung, contohnya oleh ibu apabila mahu menidurkan anak sementara mereka membersihkan permaidani atau menuai pokok candu, katanya.

Punca utama semua masalah ini ialah kemiskinan. Kerana kemiskinan, orang sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan wang.

"Ini memang keadaan biasa. Kebanyakan keluarga tidak tahu kesan sampingan candu. Mereka tidak tidak tahu dengan memberikan dadah kepada anak, pada masa sama mereka juga sebenarnya membunuh diri sendiri.

"Jumlah kanak-kanak yang menagih sudah bertambah kerana bilangan penagih dadah kini semakin ramai dan ia pastinya mempengaruhi atau memberi kesan pada anak-anak mereka," kata Zarbadshah.

Soal selidik terbaru Jabatan Negara Amerika Syarikat ke atas penggunaan dadah di Afghanistan mendapati jumlah pengguna dadah dewasa kini melebihi 1.3 juta orang. Jika dikira dengan anggaran penduduk seramai 30 juta orang, jumlah penagih kanak-kanak boleh mencecah 300,000 orang.

Menurut UNODC, jumlah pengguna dadah di Afghanistan meningkat 53 peratus dari 2005 ke 2010. Pegawai PBB berkata, ada lebih 90 pusat pemulihan dadah di seluruh Afghanistan dan merawat 16,000 penagih. Jumlah ini lebih banyak berbanding hanya 40 pusat pada 2009 dan lebih satu pertiga daripadanya dikhususkan untuk merawat wanita dan kanak-kanak.

Kira-kira 60 peratus penduduk Afghanistan terdiri daripada golongan muda berumur di bawah 25 tahun dan 25 peratus daripadanya pula berusia di bawah 18 tahun.

"Kalau kita tidak mengambil berat kumpulan ini, bermakna kita sengaja mengabaikan mereka. Kanak-kanak (golongan muda) adalah masa depan negara ini. Jika mereka mengambil dadah, mereka tidak akan berguna pada negara," sambung Zarbadshah.

Baspari, 28, dan lima anaknya berumur antara 10 bulan hingga 10 tahun - semuanya penagih dadah.

Dia dan suaminya meng-usahakan penanaman candu dan apabila ditanya kesan candu ke atas anak-anaknya, Baspari berkata, kadangkala mereka menari, kadangkala mereka tidur tiga hari berturut-turut.

"Masa kecil dulu pun saya diberikan dadah yang sama. Kami tidak mempunyai pilihan terutama apabila anak sakit dan kami tiada wang untuk membawanya ke klinik," kata ibu muda itu.

Namun bermula dari sekarang, keadaan akan berubah.

"Doktor beritahu supaya saya berhenti menggunakan candu dan itulah yang akan saya lakukan," katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/25
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved