Harian Metro: Arena |
Posted: Kuantan: Anggota gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) harus tampil dan mengemukakan cadangan jika mahu Artikel 88 Statut badan itu dikaji semula. Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, artikel itu dibuat serta dilulus anggota gabungan FAM, bukan atas arahan presiden, timbalan presiden atau naib presiden.
"Ini tidak akan mencerminkan kematangan sukan bola sepak, nak mengutuk senang tapi kita nak memperkemaskan lagi itulah seelok-eloknya." Artikel 88 memperuntukkan hanya presiden dan setiausaha agung berhak mengkritik FAM dan struktur organisasinya.
TUNKU Ismail bakal dibicara FAM? Justeru, tindakan itu mendedahkan dirinya kepada 'bahaya' dan bakal berdepan Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana didakwa melanggar Artikel 88 apabila mengkritik badan itu secara terbuka.
Beliau berkata, walaupun timbul persoalan mengenai mutu pengadilan Liga M yang menjadi tumpuan ramai peminat bola sepak tempatan, Tunku Ismail perlu mengemukakan bukti atau asas kukuh mengenai perkara itu.
|
Posted: Dubai: Roger Federer memulakan aksi mempertahankan kejuaraan Terbuka Dubai dengan agak goyah apabila terpaksa bangkit daripada kekalahan set pertama menentang seorang pemain yang lebih popular daripadanya, kelmarin. Pemegang rekod terbanyak kejuaraan Grand Slam itu berkata, sebelum perlawanan dia perlu mengambil masa lebih lama menyesuaikan diri menentang pemain yang tidak pernah ditemuinya dan mengalami masalah berdepan pemain terbaik dunia Arab, Malek Jaziri yang menerima sorakan padu penonton apabila kalah set pertama.
"Orang mungkin anggap undian ini mudah kerana dia seorang pemain wild card," kata Federer.
Pemain kurang ternama itu tidak bermain lebih tiga bulan kerana kecederaan lutut dan menduduki ranking di luar kelompok 100 terbaik serta hanya menyertai kejohanan sebagai pemain wild card.
Federer juga memiliki kelebihan disebabkan tahap kecergasan lawannya yang mencurigakan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan