Harian Metro: Arena |
Posted: Kuala Lumpur: Jurulatih skuad Bawah 23 Tahun negara (B-23), Ong Kim Swee melahirkan rasa tidak puas hati terhadap prestasi anak buahnya selepas mensia-siakan peluang melakar kemenangan apabila membenarkan Laos bangkit mengikat kedudukan 3-3 pada aksi persahabatan di Vientiane, kelmarin. Selepas mendahului 3-1, skuad muda negara melakukan kesilapan hingga memberi ruang kepada Laos yang dibarisi pemain senior menyumbat dua gol dalam tempoh lima minit terakhir.
"Kita bermain lebih baik berbanding menentang Myanmar tapi selepas mendahului 3-1, kita gagal mengawal keadaan hingga dibolosi dua gol dalam lima minit terakhir menerusi sepakan penalti dan kesilapan pemain mengeluarkan bola.
ROZAIMI (kiri) berjaya jaring satu gol. Skuad kendalian Kim Swee kembali ke tanah air malam semalam dan akan berlatih seperti biasa sebelum berlepas ke Slovakia bagi sesi latihan dan perlawanan bermula 15 Mac sebagai persiapan menghadapi misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA Myanmar hujung tahun ini.
"Hasil perbincangan dengan wakil kelab itu nampak positif tapi keputusan akhir hanya diketahui selepas satu lagi perbincangan pada 11 Mac ini." Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/28 |
'Sedia anjur lagi tahun depan' Posted: Kuching: Sambutan yang cukup menggalakkan pada saingan Karnival Futsal Harian Metro di Kuching, Sarawak hujung minggu lalu mendorong penganjur untuk menganjurkannya lagi pada masa akan datang. Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar berkata, sambutan diterima membuktikan rakyat Sarawak sangat menyokong karnival yang kali pertama dibawa ke negeri Bumi Kenyalang itu selepas tujuh tahun berlangsung di Semenanjung.
"Situasi itu menunjukkan jumlah penyertaan melebihi sasaran ditetapkan dan ia benar-benar menggembirakan kami.
"Kami memang berhasrat untuk terus menganjurkannya pada masa depan tetapi terpulang juga kepada sokongan penajaan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan