Rabu, 20 Februari 2013

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


5 pekerja cedera dihempap kerangka besi

Posted:

KUALA TERENGGANU: Lima pekerja binaan cedera apabila kerangka besi bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, di sini, yang sedang dibaik pulih runtuh dalam kejadian jam 11.30 pagi tadi.

Ketika kejadian, lima pekerja terbabit sedang melakukan kerja-kerja pemotongan bagi menggantikan kerangka besi lama bumbung stadium itu.

Bagaimanapun, kerangka besi sepanjang 137 meter itu runtuh dan menghempap pekerja terbabit menyebabkan mereka mengalami kecederaan pada kaki, tangan dan badan.

Pekerja yang cedera dikenali sebagai Mohd Nazirul Nizam Marzuki, 22, Mohd Saidi Ismail, 21, Ahmad Safuan Abdul Manaf, 21, Wan Mohd Fajrulazmi Wan Ahmad, 26, dan Mohd Syukri Jusoh, 31.

Foto

Keadaan kerangka bumbung yang separuh runtuh semasa kerja-kerja memotong dijalankan. FOTO Aswadi Alias


Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil berkata, berdasarkan siasatan awal, kejadian dipercayai berpunca daripada kelemahan struktur utama bumbung yang tidak dapat menahan beban selepas melalui beberapa proses menurunkan kerangka di bahagian tengah bumbung.


Stadium itu sebelum ini mendapat perhatian seluruh negara apabila sebahagian bumbungnya runtuh secara tiba-tiba pada 2 Jun 2009.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20

Tunang seminggu

Posted:

Kuala Lumpur: Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.

"Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang," kata Fizz, 34, semalam.

Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.

"Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah 'diatur' oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu," katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.

Foto

Fizz Fairuz


Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved