Harian Metro: Setempat |
Posted: Kuala Lumpur: Tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas unit pangsapuri mereka di Sentul Murni Blok 209 tingkat 12, Taman Dato Senu yang disewa sejak 10 tahun lalu musnah dalam kebakaran, pagi semalam. Dalam kejadian jam 11.40 pagi itu, kebakaran dipercayai bermula dari bilik tidur dan disedari jiran yang kemudian menjerit memaklumkan kebakaran berkenaan sebelum semua ahli keluarga terbabit bergegas keluar menyelamatkan diri. Penghuni di tingkat bawah unit itu turut keluar menyelamatkan diri bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Menurutnya, sebaik mendapat berita itu, dia bergegas pulang sebelum mendapati bomba memadamkan kebakaran.
ANGGOTA bomba memecahkan siling rumah berhampiran bagi mengelak api merebak. Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.43 pagi dan tiba di tempat kejadian 13 minit kemudian bersama enam jentera dan 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Titiwangsa, Gombak Selatan dan Hang Tuah. Menurutnya, api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 12.56 tengah hari dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Anggaran kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan