Harian Metro: Arena |
Harimau Malaya kembali bernafas Posted: Skuad Harimau Malaya mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Yaman malam tadi, kemenangan bukan saja menghidupkan kembali kempen kelayakan Piala Asia 2015 tapi turut meredakan tekanan ditanggung pengendali Datuk K Rajagobal. Kemampuan Rajagobal yang diulit kontroversi angkara kenyataan terhadap polisi pemain import Liga Malaysia baru-baru ini mula dipertikaikan dan kemenangan pertama dalam empat perlawanan selepas kalah di separuh akhir Piala AFF di tangan Thailand tahun lalu itu pasti melegakan pengendali berusia 56 tahun itu.
Harimau Malaya tewas 0-2 di tangan Qatar di Doha bulan lalu manakala Yaman yang dilabel pasukan paling lemah dalam kumpulan turut mengalami nasib sama, kecundang kepada Bahrain.
"Kita dapat lihat yang kita ada banyak peluang tapi gagal diambil dengan baik di depan gol. Tapi apa yang bagus apabila pemain terus berusaha mendapatkan gol. Saya gembira secara keseluruhan kerana kami mencipta banyak peluang dan menentang Yaman sebuah pasukan yang bagus," katanya.
"Saya kecewa dengan kekalahan perlawanan malam ini (tadi), kami beraksi baik pada awal babak pertama dan menjaringkan satu gol. Kami memperoleh dua, tiga peluang terbaik selepas itu, tapi kami gagal menyempurnakannya. Pada saya, keputusan seri 1-1 atau 2-2 yang adil bagi perlawanan ini," katanya.
|
Tiada hubung kait dengan Blues Posted: Jurulatih Russia Fabio Capello (gambar) menegaskan beliau tidak pernah berhubung dengan Chelsea selepas dirinya dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Liga Perdana itu. Dengan pengurus sementara Chelsea Rafael Benitez dijangka meninggalkan kelab itu apabila kontraknya berakhir hujung musim ini, Capello bekas pengurus England dilapor menjadi buruan pemilik Blues Roman Abramovich untuk mengambil alih kerusi panas itu.
Namun pengendali dari Itali itu membuat permulaan cemerlang bersama Russia dengan menduduki tangga teratas Kumpulan F hasil empat kemenangan berturut-turut dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil.
"Saya tidak tahu dikaitkan dengan Chelsea. Saya gembira di Russia dan memberi fokus kepada kelayakan Piala Dunia," katanya.
Russia sudah biasa dengan cuaca sejuk di Windsor Park namun apa yang membimbangkan Capello adalah tiupan angin kencang seperti disaksikan pada sesi latihan semalam. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/23 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan