Jumaat, 22 Mac 2013

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Warna hijau dengan 29 rona berbeza

Posted:

Tampak lebih unik dan berwarna-warni, rekaan dihasilkan Nazleen Noor untuk digayakan gadis litar pada Formula Satu (F1) Petronas Grand Prix Malaysia 2013 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini menonjolkan konsep kepelbagaian bangsa pengunjung yang hadir pada acara berprestij itu nanti.

Walaupun kali ini diberi tugas untuk menghasilkan rekaan yang bertemakan Liquid and Metal, Nazleen masih mengekalkan warna korporat Petronas dan penggunaan corak batik serta kebaya bagi menonjolkan keunikan di Malaysia.

"Setiap tahun, tema warna hijau memang dikekalkan tetapi kali ini saya diberi kebebasan untuk menampilkan kelainan menerusi pemilihan 29 rona berbeza seperti kuning, oren, merah jambu dan biru.

"Ia bersesuaian dengan suasana yang berwarna-warni kerana kehadiran pengunjung pelbagai bangsa dan negara. Masih tidak lari daripada tema ditetapkan, ia menonjolkan keunikan rekaan untuk digayakan pada hari berlainan," katanya mengenai konsep koleksinya itu.


Tambahnya, untuk me­nyesuaikan tema dan konsep yang diketengahkan, motif zig zag serta rona kelabu digunakan bagi mewakili tema Metal.


Corak bulat atau polka dot dan abstrak pula ditampilkan untuk menekankan tema Liquid bagi menonjolkan kesan seperti cecair pada rekaan.

Rekaannya yang bermotifkan polka dot dapat dilihat pada koleksi kebaya tanpa lengan untuk menonjolkan gaya yang lebih muda dan mengikut trend semasa, namun tidak meninggalkan tradisi serta identiti Malaysia.

Menariknya, setiap rekaan yang dihasilkan akan digayakan pada hari berbeza. Misalnya, penampilan gadis yang bertugas pada Sabtu kelihatan lebih sporty dan seksi.

"Seramai 58 gadis litar akan menggayakan skirt atau gaun pendek untuk menonjolkan konsep acara berprestij peringkat antarabangsa ini.

"Berbeza pada Ahad, mereka akan menyerikan litar perlumbaan dengan gaya pakaian yang menggunakan corak kontemporari. Misal­nya, mereka mengenakan blaus dengan tambahan elemen tali pinggang bercorak batik.

"Di samping itu, saya juga ada menghasilkan rekaan blaus rona terang seperti kuning dan biru yang menekankan motif batik pada bahagian kolar baju," jelasnya.

Nazleen yang mempunyai pengalaman menghasilkan rekaan untuk gadis litar pada acara sama pada 2006, 2009 dan 2010 itu sentiasa menekankan penggunaan fabrik sesuai dengan keadaan cuaca di litar.

Katanya, pemilihan fabrik lembut seperti lycra kapas ­digunakan untuk memberi keselesaan ketika berada di tempat panas kerana ia mempu­nyai ciri-ciri serap peluh dan sejuk.

Berbeza dengan fabrik sutera crepe yang turut dipilih Nazleen kerana ia membantu memberi rasa dingin pada tubuh badan.

"Pemilihan kasut yang sesuai juga penting untuk memastikan ia tidak mencacatkan gaya. Ketika berada di bawah cuaca yang sangat panas dan terdedah kepada sinaran matahari terik, elakkan daripada menggunakan kasut bertumit tinggi.

"Berdasarkan pengalaman sendiri, tumit yang dihasilkan daripada plastik itu akan ­mencair perlahan-lahan apabila terdedah kepada cuaca ­panas dalam tempoh yang lama.

"Sebaiknya, gunakan kasut jenis baji. Selain boleh bergaya menarik, kasut jenis baji juga lebih selesa digunakan, apatah lagi jika terpaksa berdiri lama di litar," jelasnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/23

Anggun bergaya

Posted:

Selain helaian busana, penampilan wanita tampak anggun dan bergaya kerana pemilihan tudung sepadan serta kena gaya. Ini termasuk warna digunakan, jenis fabrik serta perincian yang mampu menyerlahkan penampilan seseorang.

Bagi pemilik butik Idaman Hawa, Jeffry Arazmi, sesuai perkembangan fe-syen semasa, kini wanita lebih bersederhana bukan saja dari segi rekaan, malah perincian digunakan. Tiada lagi tudung sarat dengan perhiasan batu permata atau manik mewah sebaliknya diminimumkan supaya nampak ringkas sesuai dengan usia.

Memahami kehendak wanita, rekaan tudung The Look daripada Idaman Hawa pasti mampu me-nyerlahkan aura wanita yang inginkan gaya tersendiri, menutup aurat dan pada masa sama anggun dan elegan dalam penggayaan.

"Wanita kini tidak perlu berlebih-lebihan dalam penggayaan kerana sedikit sentuhan hiasan kristal dan mutiara sudah cukup menyerlah. Apatah lagi, jika tudung itu dipadankan dengan busana bersesuaian," katanya.


Apa yang penting, warna harus sedondon dengan busana serta bijak memadankan dengan rekaan pakaian. Misalnya, pakaian bercorak sesuai digayakan dengan tudung polos, begitu juga sebaliknya.


Material digunakan juga harus diambil kita bagi memastikan keselesaan, sekali gus meningkatkan keyakinan diri apabila berada dalam apa saja majlis.

Bagi memberi keselesaan kepada si pemakai, Jeffry menggunakan fabrik bermutu seperti sutera dan sifon kerana kedua-duanya tidak panas, menyerap peluh serta beralun cantik apabila digayakan.

Memenuhi kehendak wanita, dia banyak menghasilkan tudung polos dengan gabungan dua warna pada fabrik untuk tampil elegan dan mewah.

"Tudung polos sentiasa menjadi pilihan wanita kerana kelihatan anggun apabila digayakan dengan apa saja pakaian.

Untuk tampil menawan, saya menghias tudung dengan batu permata seperti kristal dan mutiara terutama pada bahagian hujung tudung dan atas kepala. Malah hiasan berjurai diletakkan pada bahagian dagu bagi memberikan kelainan," jelasnya.

Koleksi terkini The Look ditampilkan dalam beberapa adunan warna senada supaya menyerlah dan tidak bosan apabila digayakan dengan busana. Malah ia didatangkan dalam beberapa pilihan termasuk potongan labuh menutup bahagian dada serta singkat.

Gaya rekaan labuh dikhususkan bagi mereka yang ingin mengerjakan ibadat umrah atau haji manakala untuk menghadiri majlis glamor, pereka ini mengetengahkan rekaan berlapis dan mudah digayakan.

"Setiap rekaan didatangkan dalam potongan dan warna pelbagai sama ada untuk golongan muda hinggalah berusia," jelasnya.

Selain tudung, terkenal dengan padanan jubah, kaftan serta pakaian ke pejabat, untuk koleksi kali ini Jeffry lebih mementingkan kualiti menerusi potongan serta fabrik digunakan.

Terdapat pelbagai pilihan jubah serta baju kurung moden yang boleh digayakan ke pelbagai acara.

Untuk wanita Muslimah, pakaian blaus bersama seluar memberikan gaya moden kontemporari wanita berkerjaya.

Butik ini boleh dikunjungi di 38 Jalan Jejaka 7, Taman Maluri, 55100 Cheras, Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/23
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved