Harian Metro: Arena |
Sekretariat FAM tidak terbabit Posted: "Mungkin ada komplot untuk menjatuhkan Datuk K Rajagobal (gambar) dan media digunakan sebagai alat oleh pihak terbabit". Itu reaksi Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad ketika ditanya mengenai kemungkinan ketua jurulatih kebangsaan itu bakal dikenakan tindakan apabila dipanggil menghadap Jawatankuasa Tatatertib FAM atas kesalahan melanggar Artikel 88 Statut FAM. Pengendali berusia 56 tahun itu didakwa mengkritik dasar FAM kerana menyatakan kehadiran pemain import dalam Liga Malaysia (Liga-M) menyumbang kepada masalah ketandusan penyerang skuad negara.
"Saya mengesahkan sekretariat FAM tidak terbabit namun mungkin ada plot dalam keluarga (FAM) untuk menyingkirkan Rajagobal," kata Azzuddin.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/30 |
Posted: Selepas Manchester City mengaku kalah dalam perebutan takhta Liga Perdana, pendahulu Manchester United kini mengalih fokus memburu rekod dan memastikan semua pemain cergas. United mengunjungi Sunderland hari ini dan kemenangan memberikan kelebihan 18 mata ke atas pasukan tempat kedua, City selepas pengurus Roberto Mancini mengaku United sudah tidak boleh dikejar sebelum melayan kunjungan Newcastle United.
United turut mengintai untuk membalas dendam terhadap penyokong Sunderland yang bersorak kegembiraan ketika anak buah Ferguson tewas dalam perebutan takhta kepada City di Stadium of Light pada hari terakhir liga musim lalu.
"Setiap jurulatih mendoakan pemain cergas selepas pulang daripada tugasan antarabangsa," kata Ferguson. "Saya perlu pastikan pemain cergas kerana kami juga bakal turun menentang Chelsea pada Isnin.
Chelsea, ketinggalan empat mata kepada City berada di tempat ketiga, akan berkunjung ke Southampton hari ini, manakala Spurs, tempat keempat mengunjungi Swansea City dan tempat kelima Arsenal menerima kunjungan pasukan kedua tercorot Reading.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan