Jumaat, 29 Mac 2013

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Busana tampak mewah

Posted:

SEBELUM memilih pakaian pengantin yang sesuai, perhatikan terlebih dulu warna kulit, ketinggian serta bentuk tubuh bakal raja dan ratu sehari.

Ini bagi mengelakkan tersilap membuat pilihan persalinan sesuai yang bukan saja mencacatkan penampilan di atas ­pelamin, malah akan menjadi buah mulut tetamu yang menyaksikannya.

Bahkan penampilan yang ditonjolkan turut akan diabadikan dalam rakaman gambar untuk disimpan sebagai kena­ngan indah yang boleh diceritakan kepada anak-anak.
Pemilik Farrah Rizs Bridal, Farrah Lina Ram­lan berkata, setiap bakal pengantin harus me­ngetahui warna kulit dan ketinggian mereka sebelum memilih rekaan baju ­pengantin.

"Jika bakal pengantin memiliki warna kulit yang gelap, sebaiknya pilih rona busana yang lembut seperti biru dan merah jambu berbanding mereka yang berkulit cerah.

"Ini kerana pilihan rona kegemaran dan sesuai ­dengan ton kulit akan menonjolkan lagi kesempurnaan dimiliki pasangan pengantin ketika bersanding," jelasnya mengenai pemilihan tema sesuai untuk bakal pengantin.

Tambahnya, bukan ­hanya warna saja malah ada sesetengah pasangan yang tidak tahu memilih gaun sesuai dengan bentuk badan dan ketinggian yang dimiliki.

Apabila pengantin perempuan memiliki keting­gian rendah, elakkan daripada memilih gaun yang mempunyai potongan kembang daripada bahagian pinggang ke bawah kerana ia akan menampakkan lagi kekurangan diri mereka.

Berbanding pemilik ­bertubuh besar, fabrik keras lebih sesuai digayakan kerana ia tidak memeri dan menonjolkan lemak yang terdapat di bahagian tertentu tubuh.
Perlu diingat, persalinan yang dilihat sempurna di tubuh model belum tentu ia sesuai dengan anda. Justeru, jangan memaksa diri, sebaliknya pilih busana yang boleh menonjolkan kecantikan dan menutup kekurangan tubuh.

"Selain pemilihan busana dan rona sesuai, sering diperhatikan bakal pe­ngantin gemar memilih tema warna yang sama untuk persalinan, pelamin, khemah dan pakaian ahli keluarga.

"Penting di sini untuk anda memilih tiga warna berbeza untuk pelamin atau khemah, baju pengantin dan ahli keluarga agar keanggunan anda pada hari bahagia tidak akan ditenggelami dengan pilihan ton yang sama," tegasnya yang menjalankan perniagaan ­berasaskan perkahwinan secara dalam talian.

Tambahnya, untuk sedikit kelainan, ada antara gaun pengantin yang direkanya akan ditambah ­dengan elemen perincian seperti labuci, manik mutiara dan batu swarovski bagi menonjolkan gaya mewah pasangan pengantin baru.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/30

Gaya terkini

Posted:

TAMPAK segar dan bergaya menarik ­dengan koleksi kaca mata menawan untuk musim bunga dan panas 2013 yang ditampilkan Emporio Armani.

Bukan saja berfungsi sebagai pelindung tabir sinaran matahari malah kaca mata hitam juga bertindak menjadi pelengkap gaya buat wanita yang mementingkan penampilan sempurna.

Rekaan kanta moden ditambah bingkai daripada material getah memberi daya tarikan lebih unik apatah lagi dengan kerja tangan yang teliti.

Untuk mengubah gaya digemari, rona yang ditampilkan seperti pastel dan warna metalik juga memainkan peranan dalam penampilan memukau.


Bagi mendapatkan gaya sesuai dengan wajah, pemilihan reka bentuk bingkai sangat penting dalam memastikan penampilan tidak kelihatan janggal.


Lebih menarik lagi apabila bingkai yang direka dengan corak kayu ditonjolkan menerusi pilihan rona putih, kelabu, kuning air dan coklat bagi mengekalkan ciri jenama berkenaan yang dikenali sejak era 80-an.

Pemakaian kaca mata jenis ini memberi penampilan lebih kontemporari sesuai buat wanita yang mempunyai bentuk wajah bersegi atau mereka yang berani dengan gaya klasik.

Berbeza bagi wanita yang gemarkan gaya feminin, rekaan dengan inspirasi daripada mata kucing sesuai buat mereka kerana reka bentuk bingkai di bahagian depan yang sedikit besar.

Lebih selesa dan unik, terdapat juga bing­kai yang menekankan penampilan material getah berwarna bagi memudahkan ia disentuh selain mengelakkan jari terkena di bahagian kanta.

Bagi wanita yang mahu tampil elegan dan mewah, koleksi Giorgio Armani memberi ilham menarik untuk digayakan. Reka bentuk yang unik dan sentiasa memperbaharui sentuhan perekanya dipertingkatkan melalui pemilihan warna yang lembut atau semula jadi bersama perincian kristal mewah.

Meletakkan elemen perincian kristal yang diilhamkan menerusi pemakaian kaca mata waktu malam gaya klasik , ia turut menonjol­kan penampilan retro moden pada reka bentuk kanta.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/30
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved