Jumaat, 8 Mac 2013

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Pengganas menyorok

Posted:

Semporna: Pasukan keselamatan percaya saki-baki pengganas yang meloloskan diri daripada kejadian tembak menembak di Kampung Simunul dan Sri Jaya di sini, Sabtu lalu masih bersembunyi di daerah ini.

Polis tidak menolak kemungkinan mereka berada dalam kalangan penduduk atau mungkin melarikan diri masuk ke kawasan hutan dan ladang sawit.

Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Semporna Deputi Superintendan Firdaus Francis Abdulllah berkata, pihaknya mengadakan kawalan ketat di setiap perkampungan, termasuk semua pulau di daerah ini dalam operasi mengesan pengganas terbabit, termasuk dalang dan pemberi maklumat mereka.

"Kita menggerakkan semua pegawai dan anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Komando VAT69 untuk mengesan sebarang aktiviti mencurigakan serta menyiasat setiap laporan penduduk berkaitan perkara itu.

Foto

KANAK-KANAK melambai kepada pasukan keselamatan yang membuat rondaan di kampung mereka di Semporna, semalam.


"Selain itu, kawalan turut membabitkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di kawasan perairan terutama pulau didiami penduduk tempatan dan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong seperti di Sipadan, Mabul dan Mataking," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/08

'Letak senjata!'

Posted:

Oleh Yusri Abd Malek, Mohd Razlan Salleh, Alias Rani, Zaitie Satibi, Syah Rul Aswari Abdullah, Shamran Sarahan, Mohd Firdaus Ibrahim, Kalidevi Mogan Kumarappa, Asmah Rusman, Raja Noraina Raja Rahim, Junaidi Ladjana, Nurhidayatidayu Razali, Muhamaad Hafis Nawawi, Asmah Rusman, Fardy Bungga, Yusliza Yakimir Abd Talib, Yusmizal Dolah Aling, Ekhwan Haque Fazlul Haque, Ardyhansah Amat dan Ibnu Khusairi Ibnu Aris

Lahad Datu: "Letak senjata tanpa syarat dan menyerah diri." Itu tegas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sambil memberitahu Op Daulat yang diadakan kini diteruskan sehingga semua pengganas Sulu yang setakat ini membunuh lapan anggota keselamatan negara meletak senjata tanpa syarat.

Penegasan itu bermakna Malaysia menolak permintaan Jamalul Kiram III yang kini melakukan gencatan senjata di pihaknya dan meminta pasukan keselamatan Malaysia turut berbuat demikian.

Dia yang mendakwa dirinya Sultan Sulu mengeluarkan kenyataan itu semalam, tiga hari selepas operasi serangan besar-besaran dijalankan ke atas kumpulan pengganas di Kampung Tanduo, di sini, yang bermula pagi Selasa lalu.

Najib dalam sidang akhbar di Felda Sahabat 16, di sini, semalam berkata, Presiden Filipina Benigno Aquino III menghubungi beliau untuk mendapatkan reaksi Malaysia berhubung kenyataan Jamalul Kiram III mengenai gencatan senjata itu.

Foto

NAJIB ketika sidang media di Felda Sahabat, semalam.


"Saya bagi tahu Presiden Aquino bahawa mereka perlu letak senjata tanpa syarat dan senjata itu perlu diserah kepada kita," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/08
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved