Harian Metro: Setempat |
Posted: Kuala Lumpur: Tertarik pada harga telefon pintar yang 50 peratus lebih murah daripada harga pasaran menyebabkan seorang pelajar kolej kerugian RM76,100, malah dia juga terpaksa membayar wang kepada rakan yang membuat pesanan melaluinya. Pelajar berkenaan yang mahu dikenali sebagai Teo, 21, dari Batu Caves, Gombak itu mendapat tahu mengenai sebuah syarikat menjual telefon pintar atas talian daripada rakannya yang pernah membuat pembelian 10 telefon pintar iPhone 5 pada harga murah.
Katanya, syarikat terbabit menawarkan seunit iPhone 5 pada harga RM900 dan dia membuat pesanan 75 telefon bimbit selepas rakan serta beberapa saudara memintanya untuk membuat pesanan.
TEO (kanan) menunjukkan laman Facebook syarikat terbabit. Teo berkata, selepas menunggu beberapa hari dia menghubungi pengurus syarikat terbabit dan dimaklumkan bungkusan mengandungi pesanan berkenaan ditahan polis manakala dia diminta membayar RM1,100 lagi untuk tujuan penghantaran.
"Akibat tiada pilihan dan perlu memberikan telefon bimbit yang dipesan rakan, saya membayar wang berkenaan dan selepas semua bayaran dibuat, mereka meminta saya membayar RM1,500 lagi pada 7 Mac lalu," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan