Harian Metro: Setempat |
Seleweng diesel sejak 6 bulan lalu Posted: Klang: Sebuah premis tidak bernombor di Bandar Baru Klang, di sini, diserbu selepas didapati menjalankan aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi sejak enam bulan lalu. Rahsia premis terbabit terbongkar selepas diserbu Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, jam 10.30 pagi kelmarin.
Sindiket terbabit dikesan menjadi tempat menerima dan menjual semula diesel yang dibeli di stesen minyak sekitar Lembah Klang yang dijual mengikut harga subsidi sebelum dijual kepada pihak industri dengan harga lebih tinggi.
OTHMAN memeriksa mesin menyedut minyak yang dirampas di Bandar Baru Klang, Klang, kelmarin. Menurutnya, ketika serbuan dijalankan, premis terbabit berkunci dan anggota penguat kuasa memotong kunci pagar dan pekerja premis berkenaan sudah melarikan diri melalui pintu belakang premis.
Othman berkata, kedudukan premis bersebelahan sekolah dan kuil boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai sekiranya berlaku kebakaran. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau tiga tahun penjara bagi individu, manakala bagi syarikat boleh didenda maksimum RM250,000.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan