Jumaat, 29 Mac 2013

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Blok selamat

Posted:

Puchong: Seramai 228 penduduk dari Blok B, Pangsapuri Seri Beringin dan Kampung Pasir, di sini, yang dipindahkan akibat kejadian tanah runtuh Selasa lalu dijangka dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, Ahad ini.

Penduduk di 52 unit blok berkenaan dan 15 rumah di kaki tebing ditempatkan ke Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Puchong Indah sementara pihak berkuasa tempatan itu bersama agensi teknikal menjalankan penilaian tahap keselamatan.


Timbalan Yang Dipertua MPSJ Abdullah Marjunid berkata, hasil pemeriksaan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) mendapati blok terbabit selamat dan penduduk boleh pulang selepas kerja pembaikan paip pembetung dan bekalan air yang rosak disiapkan.

"Kerja pengukuhan tebing di kawasan runtuhan seluas 500 meter persegi berjalan lancar dan tiada kerosakan pada struktur bangunan kediaman penduduk berlaku," katanya dalam sidang media di sini, semalam.


Beliau berkata, kos memperbaiki kerosakan itu menelan belanja RM500,000 dan menunggu IKRAM menyediakan pelan serta kaedah mengukuhkan tebing berkenaan.


"Mangsa tidak perlu risau keselamatan harta benda mereka kerana ada anggota polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ditempatkan di pangsapuri berkenaan 24 jam," katanya.

Foto

ABDULLAH (kanan) bersama Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abd Razak Elias (dua dari kiri) melawat ke tempat kejadian tebing runtuh di Pangsapuri Sri Beringin, Puchong.

Kejadian itu menyebabkan beberapa mangsa mengambil cuti bekerja kerana tidak selesa selain terpaksa berulang-alik mengambil barang keperluan mereka.


Seorang mangsa, Mohd Had Mohd Sharif, 49, berkata, kebenaran pulang ke rumah yang dijangka pada hujung minggu ini menggembirakan dia dan penghuni lain.

"Kami berharap kerja pembaikan berjalan lancar kerana tidak sabar pulang ke rumah selain sesi persekolahan bermula minggu depan," katanya.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penyelenggaraan Bersama (JMC) Pangsapuri Seri Beringin, Tiagrajah Raj berharap pemaju perumahan itu turun padang meninjau keadaan.


"Kejadian pertama tebing ini terhakis pada 19 Februari lalu dan sejak itu paip air di Blok B pecah sebanyak lapan kali kerana tersumbat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/29
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved