Selasa, 5 Mac 2013

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Gagal seludup tembakau

Posted:

Pelabuhan Klang: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor mematahkan cubaan menyeludup tembakau kunyah seberat 10,200 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM408,000 di Persiaran Bandar Sultan Sulaiman, di sini, Sabtu lalu.

Dalam serbuan jam 11 pagi itu, sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasaan KDRM Selangor yang melakukan rondaan terserempak sebuah lori 10 tan dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.


Pengarah KDRM negeri Datuk Azis Yaacub berkata, hasil pemeriksaan mendapati lori berkenaan sarat dengan tembakau kunyah berjenama Golden Khaini keluar melalui pintu utama Zon Bebas tanpa menyerahkan sebarang dokumen.

Katanya, hasil soal siasat terhadap pemandu berusia 55 tahun itu mendapati lori berkenaan digunakan untuk memindahkan barang yang belum diluluskan cukai oleh kastam dari kawasan gudang di Zon Bebas Pelabuhan Utara.


"Pihak berkuasa mengekori lori berkenaan berhampiran Lebuhraya Selat Klang, di sini, sebelum mengarahkan pemandu berhenti bagi melakukan pemeriksaan.


"Hasil pemeriksaan mendapati lori berkenaan membawa tembakau kunyah dengan nilai cukai RM624,240," katanya pada sidang media di Pejabat KDRM Pelabuhan Utara, di sini, semalam.

Foto

TEMBAKAU kunyah yang dirampas kastam.

Azis berkata, pihaknya menahan pemandu terbabit bagi membantu siasatan manakala barang yang dirampas dibawa ke pejabat Bahagian Penguatkuasaan Selangor untuk siasatan lanjut.


Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati tembakau berkenaan diseludup dari India dan dibawa ke Malaysia untuk dipasarkan ke seluruh pasaran tempatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barangan belum lulus kastam dengan niat menipu kerajaan terhadap apa-apa duti ke atasnya.


"Jika disabitkan kesalahan pesalah boleh dihukum denda tidak kurang dari 10 kali ganda nilai barang rampasan dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai barangan itu atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/05
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved