Harian Metro: Setempat |
Posted: Pelabuhan Klang: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor mematahkan cubaan menyeludup tembakau kunyah seberat 10,200 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM408,000 di Persiaran Bandar Sultan Sulaiman, di sini, Sabtu lalu. Dalam serbuan jam 11 pagi itu, sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasaan KDRM Selangor yang melakukan rondaan terserempak sebuah lori 10 tan dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, hasil soal siasat terhadap pemandu berusia 55 tahun itu mendapati lori berkenaan digunakan untuk memindahkan barang yang belum diluluskan cukai oleh kastam dari kawasan gudang di Zon Bebas Pelabuhan Utara.
TEMBAKAU kunyah yang dirampas kastam. Azis berkata, pihaknya menahan pemandu terbabit bagi membantu siasatan manakala barang yang dirampas dibawa ke pejabat Bahagian Penguatkuasaan Selangor untuk siasatan lanjut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barangan belum lulus kastam dengan niat menipu kerajaan terhadap apa-apa duti ke atasnya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan