Harian Metro: Arena |
'Semua peserta dihidangkan kari' Posted: 12 Apr 2013 01:24 PM PDT "Saya sebenarnya sudah mengemukakan masalah berkaitan makanan yang disediakan kepada penganjur dan tiada apa boleh saya lakukan jika mereka tidak mengubahnya". Penjelasan itu diberikan pengurus skuad trek negara pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di India, Ibrahim Mustapa berhubung isu makanan yang dibangkitkan jaguh berbasikal negara Azizulhasni Awang semasa skuad negara menyertai kejohanan itu bulan lalu.
"Saya sudah panjangkan kepada jawatankuasa terbabit semasa di New Delhi dan sudah menjalankan tanggungjawab sebagai pengurus, tindakan selepas itu terpulang kepada penganjur sepenuhnya. "Saya lihat semua pelumba negara lain turut mendapat menu sama kecuali beberapa pelumba yang membawa makanan sendiri," katanya yang juga Setiausaha Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).
"Kadang kala kita perlu mengikut pemakanan negara terbabit. Tidak boleh terlalu memilih," kata Ibrahim.
"Pelumba negara lain turut membasuh sendiri pakaian mereka, begitu juga saya. Malah setiap pelumba negara sudah diberikan duit poket bagi kegunaan mereka." Selain kepincangan membabitkan skuad trek negara, beberapa insiden membabitkan pelumba lebuh raya negara yang gagal didaftarkan untuk bertanding sudah mendapat perhatian PKBM untuk tindakan susulan Jawatankuasa Tatatertib. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/13 |
Israel tangkap remaja warga AS Posted: 12 Apr 2013 10:29 AM PDT Baitulmaqdis: Tentera Israel menahan seorang remaja Palestin warga Amerika Syarikat sejak seminggu lalu selepas menyerbu kediaman keluarganya dan menangkapnya atas dakwaan melontar batu pada kenderaan Israel. Bapa remaja itu, Abdelwahab Khalek berkata, anaknya, Mohammad, 14, ditangkap Jumaat lalu oleh lapan anggota tentera rejim Zionis.
Abdelwahab, peniaga kereta yang berulang-alik antara Tebing Barat dan New Orleans kerana urusan perniagaan, tidak dibenarkan melawat anaknya di penjara.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan