Harian Metro: Arena |
Posted: Kuala Lumpur: Isu membabitkan Artikel 88 terus menjadi sensasi, rentetan kenyataan pengendali skuad kebangsaan Datuk K Rajagobal yang mengkritik pendekatan badan induk sukan itu, tetapi apa yang diperkatakan beliau kurang diberi perhatian. Kekurangan penyerang tempatan berwibawa menurut beliau menjadi faktor kegagalan skuad negara dan lebih panas apabila kritikan itu turut mengaitkan kehadiran semula pemain import sejak musim lalu sebagai punca.
Bekas pemain kebangsaan, Bakri Ibni berpendapat penyerang negara era ini tidak lagi mempunyai aura menggerunkan yang mampu menggentarkan pemain lawan.
"Sekarang, adakah pemain Korea bercakap mengenai Safee Sali, ada mereka cakap mengenai Safiq Rahim, ada Jepun bercakap mengenai Apek (Khairul Fahmi Che Mat)?" Beliau memetik kisah Chin Aun yang pada satu ketika dulu bersama pasukan kebangsaan untuk perlawanan menentang Korea di Seoul dan ketika itu beliau selsema dan dibawa berjumpa doktor pasukan Korea.
"Disebabkan takut kepada Chin Aun, Korea boleh katakan beliau ada leukemia. Itu yang kita mahukan daripada pemain kita. Mereka harus yang terbaik di Asia!" Menyentuh mengenai pemain import, Bakri berkata, kehadiran mereka sepatutnya membawa kebaikan kepada pemain tempatan tapi yang berlaku sebaliknya.
|
Posted: Manchester: Pengurus Manchester United Alex Ferguson menganggap andai berjaya melaksanakan misi merampas kejuaraan daripada Manchester City, musim ini dianggap penuh gemilang buat United. Namun Ferguson menolak andaian kekalahan kepada Real Madrid dan Chelsea pada aksi Liga Juara-Juara dan Piala FA bakal melenyapkan sinar kejayaan mereka merangkul gelaran liga musim ini.
Biarpun Pengurus City Roberto Mancini menganggap pasukannya sudah tidak mungkin mampu mempertahankan gelaran dimenangi musim lalu, Ferguson tetap bertekad memenangi pertemuan setempat antara Manchester pagi Selasa ini bagi melebarkan jurang kepada 18 mata dengan baki tujuh perlawanan.
"Ya, saya ingin menjuarai Liga Juara-Juara sekali lagi tapi kami tersingkir dalam senario penuh kontroversi. Kekecewaan akibat kekalahan di tangan Chelsea begitu ketara tetapi prestasi pada aksi liga amat konsisten." Sementara itu Nemanja Vidic masih belum pasti dapat diturunkan pada perlawanan itu selepas kapten kelab itu mengalami kecederaan paha dalam perlawanan menentang Sunderland hujung minggu lalu, begitu juga dengan Jonny Evans.
"Saya memiliki Rio Ferdinand, Chris Smalling dan Phil Jones dan masih ada pengganti yang sesuai." - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/06 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan