Khamis, 18 April 2013

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Kereta api terbakar

Posted: 17 Apr 2013 05:04 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu kereta api barang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang membawa muatan simen sempat menyelamatkan diri apabila menyedari enjin lokomotif itu terbakar ketika melalui kawasan Bangsar menuju KL Sentral, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, pemandu terbabit yang terkejut selepas melihat percikan api di bahagian enjin kereta api terbabit bertindak menghentikannya sebelum keluar dan menghubungi bomba.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian terbabit pada jam 10.32 malam dan terus mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat Pantai dan Hang Tuah ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pihaknya berjaya mengawal api di bahagian enjin kereta api terbabit pada jam 10.54 malam dan berjaya memadam api secara keseluruhannya 19 minit kemudian.


"Hasil pemeriksaan kita mendapati punca kebakaran disebabkan berlaku kerosakan di bahagian enjin sehingga menyebabkan ia terbakar.


"Sebanyak dua jentera bomba terbabit dalam operasi ini dibantu dua Unit Motosikal Gerak Cepat (RIM) dan sebuah 'water tanker' membabitkan 22 anggota pelbagai pangkat," katanya.

Azizan berkata, unit siasatan forensik juga telah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian terbabit.

VIDEO:

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/18

Letupan kimia makmal

Posted: 17 Apr 2013 04:48 PM PDT

Kuala Lumpur: Sembilan belas pelajar dan dua guru Sekolah Menengah Dato Lokman, Jalan Kampung Pandan, di sini, dikejarkan ke hospital selepas pening serta muntah akibat terhidu bahan kimia luput tarikh yang dalam proses pemindahan untuk dilupuskan, semalam.

Kejadian itu berlaku selepas satu daripada lapan tong mengandungi 229 jenis bahan kimia dari makmal sekolah berkenaan, ada di antaranya tersimpan sejak 28 tahun lalu, tiba-tiba meletup dan terbakar.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.32 pagi sebelum sebuah jentera bomba dibantu pasukan Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika proses pemindahan 229 jenis bahan kimia berkenaan ke dalam lori untuk dihantar ke tapak pelupusan bahan buangan oleh Kualiti Alam Sekitar di Bukit Nanas, Negeri Sembilan.

Foto

ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan rapi pada tong bahan kimia yang dipindahkan.


"Ketika proses pemindahan dari bilik makmal sekolah ke lori dijalankan, satu daripada lapan tong berisi botol kecil pelbagai jenis bahan kimia seberat 250 kilogram yang sudah dimasukkan ke dalam lori meletup dan terbakar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/18
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved