Khamis, 18 April 2013

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Mural wira negara 3D

Posted: 17 Apr 2013 05:39 PM PDT

Kuala Lumpur: Bagi memberi kesedaran kepada pelajar untuk menghargai pengorbanan wira negara yang terkorban dalam pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah, Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan (SKBTS) di sini, melakar sebuah mural patriotik tiga dimensi (3D) bagi tujuan terbabit.

Menurut Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Zulkaunan Mohamed, penghasilan mural patriotik bertajuk 'Cintakan Negara' itu bertujuan mengajar pelajar betapa pentingnya sebagai seorang rakyat untuk mempertahankan negara daripada diceroboh.


"Ini juga sebagai satu cara memupuk semangat patriotik supaya mereka sedar pengorbanan dan jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis sehingga ada yang terkorban nyawa dalam peristiwa itu," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mural Patriotik SKBTS di dewan sekolah itu, semalam.

Majlis itu dirasmikan calon Barisan Nasional (BN) Bandar Tun Razak, Tan Kok Eng dan dihadiri Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Zaiton Yahya.


Tan turut mencalit cat merah pada mural terbabit bagi melengkapkan lakaran itu sebagai simbolik merasmikan lukisan dinding berkenaan.


Sementara itu, pelukis mural, Syahed Mohd Hanapiah, 37, berkata, dia terpanggil untuk memberi sumbangan idea kreatifnya itu selepas setiap hari membaca laporan berita peristiwa itu dalam Harian Metro dan merasakan kesedihan apabila ada pasukan keselamatan yang terkorban ketika berjuang.

Foto

TAN mencalit cat sebagai tanda perasmian mural patriotik di SK Bandar Tasik Selatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/18
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved