Ahad, 21 April 2013

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Dua 'gergasi' rebut kerusi

Posted: 20 Apr 2013 04:45 PM PDT

Johor Bahru: Pertembungan dua 'gergasi', Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman menentang Penasihat DAP Lim Kit Siang bagi merebut kerusi Parlimen Gelang Patah menarik lebih 10,000 penyokong pada hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), di sini, semalam.

Bagi menjaga keselamatan dan memastikan proses penamaan calon berjalan lancar, polis menempatkan 536 anggota dan 49 pegawai polis di Dewan MPJBT.

Malah, disiplin tinggi kedua-dua penyokong dianggarkan masing-masing seramai 5,000 dan ditempatkan hanya 50 meter daripada pusat penamaan calon membolehkan proses itu berjalan lancar.

Abdul Ghani yang hadir bersama dua calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Nusajaya Dr Zaini Abu Bakar dan DUN Skudai Ling Ah Chai, pada jam 8.40 pagi, diarak penyokong sejauh 100 meter sebelum memasuki dewan pada jam 9.05 pagi.

Foto

LING (dari kiri) Dr Zaini, Abdul Ghani, Lim, Salahuddin dan Dr Boo.


Lim ditemani calon DAP bagi kerusi DUN Skudai Dr Boo Cheng Hau berarak bersama penyokong masing-masing daripada laluan berbeza.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/20

Penyelidikan teroka Marikh

Posted: 20 Apr 2013 04:45 PM PDT

Oleh SHARIFFUDIN MOHAMED, FIRDAUS SAHAT, SHAMRAN SARAHAN dan MOHD AZAM SHAH YAACOB

Membanggakan apabila empat anak muda Melayu berjaya menempa nama dalam dan luar negara berikutan pencapaian hebat dalam bidang masing-masing.

Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim, 34, berkhidmat dengan agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), Amerika Syarikat (AS); Mohd Nizam Abd Razak, 29, individu penting dalam penghasilan filem animasi terkenal Upin & Ipin; Hasnul Hadi Shamsudin, 39, bekerja dengan sebuah syarikat perfileman animasi dan kesan khas berpangkalan di Hollywood manakala Azmi Osman, 39, jurutera automatif bertaraf dunia.

Ikuti perjalanan hidup individu hebat ini yang sewajarnya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

"Pasukan saya akan melakukan uji kaji terakhir di NASA Ames, California, hujung bulan ini. Insya-Allah, penyelidikan ini akan berlepas ke angkasa dibawa roket, November depan.

Foto

AMANI di bilik kawalan Apollo 11 yang membawa manusia pertama ke bulan.


"Program ini membabitkan pembinaan satelit kecil membawa kajian berkaitan astrobiologi. Ia akan berada di angkasa selama beberapa bulan," kata Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim, 34, yang mencatat sejarah sebagai wanita pertama Malaysia terbabit dalam program penghantaran penyelidikan ke angkasa dalam misi agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), Amerika Syarikat, (AS) ke planet Marikh.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/20
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved