Ahad, 21 April 2013

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


200,000 telur yang tinggal

Posted: 21 Apr 2013 08:52 AM PDT

Secara keseluruhannya, antara 15 hingga 20 peratus masyarakat di seluruh dunia mengalami masalah ketidaksuburan dan jumlah itu semakin meningkat di peringkat global, malah makin meruncing di negara maju.

Malah kajian menunjukkan satu daripada enam pasangan akan berhadapan dengan kesukaran untuk memulakan keluarga.

Adakalanya punca masalah ketidaksuburan itu tidak dapat dipastikan biarpun selepas menjalani pemeriksaan bersama doktor pakar. Ini kerana masalah itu agak kompleks dan boleh disumbangkan oleh banyak faktor.

Namun dari semua segi yang diperhatikan dan dinilai pakar, Profesor Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Klinik Universiti Schleswig-Holstein, Jerman, Prof Dr Georg Griesinger, mengakui faktor paling menonjol adalah usia wanita berkenaan.

Foto

DR PRASHANT

Foto

WAN Jin lahir selepas embrio dibekukan selama 10 tahun, hasil IVF.

Foto

TAN (kiri) bersama anaknya, Wan Jin yang bijak dan comel.


Ini kerana kesuburan menurun dengan ketara mengikut usia, malah sebaik seseorang wanita didatangi haid untuk pertama kali, 90 peratus daripada telurnya mati dan yang tinggal akan dikeluarkan setiap bulan setiap kali datang bulan.


"Lelaki boleh mengeluarkan sperma baru yang segar setiap hari, tetapi telur yang ada dalam diri wanita sudah dibawanya sejak lahir. Semakin berusia dirinya, begitu juga dengan telurnya.

"Wanita dilahirkan dengan kira-kira dua juta telur dan sebaik kedatangan haid yang pertama, hanya 200,000 saja yang tinggal. Setiap kali datang haid, 200 akan dikeluarkan di mana badan hanya akan memilih satu saja telur untuk disenyawakan.

"Disebabkan itu semakin berusia seseorang wanita, kesuburan untuk mendapatkan anak juga semakin berkurangan," katanya pada majlis pelancaran suntikan hormon baru untuk rawatan kesuburan persenyawaan invitro (IVF), Elonva, baru-baru ini.

Malah, menurut Dr Griesinger, seseorang wanita yang mengamalkan cara hidup tidak sihat misalnya merokok, setiap sedutan asap rokok akan meninggalkan kesan sepanjang hayat pada telurnya dan secara tidak langsung ia menyumbang kepada ketidaksuburan.

Bagi lelaki pula, sekiranya mereka berhenti merokok dan semua toksin sudah dikeluarkan dari sistem tubuh, mereka mampu mengeluarkan sperma baru yang segar dan sihat, tanpa mempunyai kesan akibat tabiat merokok.

Masalah kesuburan merujuk kepada ketidakupayaan seseorang secara biologikal, sama ada lelaki atau wanita, untuk mendapatkan anak biarpun selepas mengamalkan hubungan intim tanpa perlindungan selama satu tahun.

Ketidaksuburan juga merujuk kepada wanita yang sering mengalami keguguran dan tidak dapat meneruskan kandungan hingga bayi dilahirkan.

Terdapat pelbagai faktor penyumbang kepada masalah kesuburan bagi lelaki dan wanita, dan dalam kebanyakan kes iaitu mencecah hingga 30 peratus, tiada punca dapat dikenal pasti.

Dalam kalangan wanita, masalah kesuburan berlaku selalunya berpunca daripada sindrom polisistik ovari, masalah tiroid dan kegagalan ovari pramatang.

Punca lain adalah tiub fallopio tidak berfungsi atau mengalami kerosakan atau parut akibat pembedahan, kecacatan pada mukus serviks, penyakit radang pelvik atau masalah berkaitan rahim seperti fibroid submukosal atau endometriosis.

Faktor yang dianggap penting dan mampu menyumbang kepada masalah kesuburan adalah usia wanita berkenaan. Wanita berada dalam keadaan paling subur pada usia 20-an, dengan kadar 20 hingga 25 peratus.

Bagaimanapun, keadaan itu menurun sebaik wanita mencecah usia 30-an dengan kadar kehamilan pada 15 peratus. Berlaku perubahan mendadak pada kesuburan wanita apabila usia mereka melebihi 35 tahun dengan peratusan keguguran menjadi lebih tinggi.

Bagi wanita yang mencapai usia melebihi 40 tahun, kadar kesuburan hanya berada pada lima peratus manakala kadar keguguran adalah 33 peratus. Ini kerana telur mereka sudah semakin berusia dan kualitinya juga menurun.

Bagi lelaki pula, masalah kesuburan selalunya berkait rapat dengan masalah hormon seperti hiperprolaktinemia, hipotiroidisme, kerosakan fizikal pada saluran sperma, jangkitan, penyakit, ejakulasi songsang dan sindrom Klinefelter.

Malah lelaki yang mengamalkan cara hidup tidak sihat juga boleh mengalami masalah kesuburan misalnya merokok, penyalahgunaan dadah, arak, tekanan, tidak cukup zat atau kehidupan tidak aktif.

Dr Griesinger berkata, sedikit perubahan gaya hidup mampu memperbaiki tahap kesuburan lelaki, misalnya menjalani gaya hidup sihat serta aktif dalam sukan. Ini kerana kualiti sperma juga ada kaitan dengan suhu di bahagian testis, di mana sekiranya seseorang lelaki duduk saja, suhunya akan meningkat dan keadaan itu tidak baik untuk penghasilan sperma yang berkualiti.

"Jangan hanya duduk lama tanpa membuat apa-apa aktiviti, ubah gaya hidup, aktif bersukan, tinggalkan rokok, dapatkan berat badan yang ideal dan amalkan kehidupan seks yang sihat.

"Jangan buang duit pada makanan tambahan atau suplemen yang mengatakan ia boleh memperbaiki atau meningkatkan kesuburan seseorang sebaliknya tukar gaya hidup kepada yang lebih sihat," katanya.

Sementara itu, pakar kesuburan Datuk Dr Prashant Nadkarni berkata, selalunya pasangan sedar mereka mengalami masalah mendapatkan zuriat apatah lagi sekiranya mereka berkahwin pada usia lanjut atau tidak didatangi haid.

Katanya, pasangan perlu mempercayai kata hati bahawa mereka mempunyai masalah kesuburan dan perlu bertemu pakar kesuburan untuk mengenal pasti masalah dan mendapatkan khidmat nasihat sewajarnya termasuk mencuba rawatan IVF.

"Sekiranya doktor mengatakan mereka tiada sebarang masalah, pasangan perlu cuba untuk enam bulan lagi dan jika tetap tidak mengandung, mereka perlu bertemu semula dengan doktor," katanya.

Menurut Dr Prashant, antara punca ketidaksuburan juga bergantung kepada faktor genetik iaitu apabila seseorang wanita mempunyai ibu yang menopaus awal. Ini menunjukkan dia juga akan mengalami perkara yang sama dan mereka perlu tahu bahawa lama sebelum tibanya tempoh menopaus, kesuburan wanita akan jatuh.

Pasangan juga perlu melihat keadaan adik-beradik lain dalam keluarga, sama ada mereka juga mempunyai masalah mendapatkan anak atau jumlah adik-beradik yang sedikit.

Malah katanya, punca segelintir orang tidak dapat mengandung tidak dapat dikesan biarpun semuanya berfungsi dengan baik.

Dr Griesinger berkata, kualiti sperma tidak dapat diubah kerana ia sudah dalam keadaan itu secara semula jadi namun pakar perubatan perlu mencari jalan untuk mencari rawatan terbaik yang dapat membantu pasangan mendapatkan anak seperti IVF.

Namun menurutnya, biarpun IVF berkesan, sesetengah pasangan tidak dapat menerima beban untuk membuat suntikan setiap hari, tidak mampu menanggung kesakitan serta tekanan emosi sehingga ramai yang menarik diri biarpun baru melalui pusingan pertama rawatan.

"Ramai yang memberikan alasan tekanan emosi sebagai punca utama mereka menarik diri daripada rawatan IVF. Apabila ia berlaku, semua usaha ke arah mendapatkan anak terabai begitu saja dan ia merugikan semua pihak.

"Oleh itu kita perlu mencari jalan untuk mengurangkan rasa beban dan tekanan emosi dalam kalangan wanita yang menjalani rawatan IVF dan di sinilah terciptanya rawatan kesuburan terbaru iaitu Elonva.

"Menerusi Elonva, satu suntikan bersamaan dengan tujuh hari membuatkan wanita tidak perlu menyuntik diri mereka setiap hari. Ini sekali gus mengurangkan beban dan tekanan emosi dalam diri mereka serta menggalakkan mereka meneruskan rawatan IVF," katanya.

Katanya, Elonva bertindak sama seperti hormon semula jadi wanita yang ada dalam tubuh tetapi ia tidak sesuai untuk mereka yang terlalu gemuk atau pesakit yang terlalu muda.

Ia hanya boleh didapati daripada pakar kesuburan kerana rawatan perlu diberikan oleh mereka yang mempunyai maklumat dan tahu mengenai faktor risiko serta fungsi hormon berkenaan.

Anak hasil embrio beku 10 tahun

Selepas melahirkan anak pertamanya yang kini sudah berusia 24 tahun, cubaan ahli perniagaan Tan Siow Joon, 51, untuk mendapatkan anak kedua secara semula jadi masih gagal kerana kerap keguguran.

Keinginan untuk memiliki anak yang amat menebal dalam dirinya mendorong dia bertemu pakar kesuburan bagi mendapatkan rawatan persenyawaan invitro (IVF) bermula pada 1996.

Biarpun empat kali gagal mendapatkan zuriat melalui rawatan IVF, semangat Tan tidak luntur apatah lagi mendapat sokongan emosi dan moral yang kuat bukan saja daripada suami, malah doktor dan jururawat turut membantu menggalakkannya meneruskan rawatan.

Kali kelima mendapatkan rawatan IVF, Tan menerima berita gembira dan dia berjaya melahirkan seorang bayi perempuan yang comel pada 2008, diambil daripada embrio yang dibekukan pada 1998.

Bayi berkenaan, Wong Wan Jin, yang kini sudah berusia lima tahun, bukan saja comel malah bijak dan aktif, menambah seri kehidupan Tan bersama suaminya.

"Anak saya sangat istimewa kerana dia dilahirkan hasil embrio yang dibekukan selama 10 tahun. Biarpun IVF sememangnya memberi kesan dan tekanan yang berat pada diri saya, saya percaya sekiranya kita terus mencuba, kejayaan akan datang.

"Saya percaya pada doktor saya dan meneruskan rawatan IVF biarpun empat kali gagal kerana percaya jika kita tabah dan sabar, kita akan mendapat balasan yang diharapkan," katanya.

Wanita tinggi lampai itu berkata, dia menggalakkan mereka yang bermasalah untuk terus mencuba dan tidak berputus asa biarpun gagal untuk kali pertama, kedua atau ketiga.

Katanya, setiap orang perlu mencuba bersungguh-sungguh jika mempunyai keinginan untuk mendapatkan anak apatah lagi dengan pengenalan rawatan terbaru oleh pakar perubatan.

Biarpun mereka akan menjadi tertekan dan kecewa apabila rawatan IVF gagal memberikan anak, mereka perlu terus berusaha dan teknologi maju dalam perubatan banyak membantu pasangan mencapai keinginan menimang cahaya mata sendiri.

"Saya sendiri terus mencuba secara konsisten biarpun gagal kerana usia saya yang semakin lanjut dan jika saya terus menunggu, ia tidak baik untuk saya. Saya terus mencuba kerana peluang ada di situ.

"Selain sokongan kuat suami dan dorongan kuat daripada doktor dan jururawat, saya juga percaya pada kekuasaan Tuhan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/21

Wanita mudah kena jangkitan

Posted: 21 Apr 2013 08:08 AM PDT

Satu kajian di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mendapati dua pertiga wanita yang menggunakan pencuci, pelincir atau jeli petroleum pada alat sulit secara rutin, dikaitkan dengan risiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.

Menurut penyelidik, jangkitan biasa yis dan bakteria akibat produk yang diletakkan pada bahagian sulit, bukan saja merosakkan tisu faraj, malah meningkatkan risiko wanita untuk mendapat penyakit kelamin seperti herpes, chlamydia dan HIV.

Menurut penyelidik Joelle Brown dari Universiti California, Los Angeles, golongan wanita perlu sedar ada bukti beberapa produk yang dimasukkan ke dalam alat sulit mereka boleh menyebabkan kerosakan pada tisu dinding faraj dan meningkatkan risiko terkena jangkitan.

Sementara itu, Pengerusi Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan St Elizabeth di Boston, Dr Michael Zinaman yang tidak terbabit dalam kajian yang dijalankan itu berkata, wanita jelas melakukan kemudaratan kepada diri mereka sendiri dengan menggunakan majoriti produk di rak dan mengikuti nasihat ibu atau rakan mereka.


Pasukan Brown menyoal selidik 141 wanita yang mendapati 66 peratus responden menggunakan produk komersial untuk mencuci atau menggunakan bahan pelincir yang dijual di kaunter, selain tampon.


Dalam kalangan wanita yang menggunakan produk itu, kira-kira 45 peratus daripada mereka menggunakan bahan komersial atau campuran cuka dan air sebagai pencuci.

Paling banyak digunakan adalah pelincir komersial untuk tujuan seksual iaitu sebanyak 70 peratus, 17 peratus menggunakan jeli petroleum manakala 13 peratus menggunakan minyak.

Menurut laporan jurnal Obstetrik & Ginekologi, berdasarkan kajian makmal, wanita yang menggunakan produk yang bukan dihasilkan untuk digunakan pada faraj seperti minyak dan jeli petroleum, lebih terdedah kepada jangkitan yis dan bakteria.

Misalnya, 40 peratus daripada wanita yang menggunakan jeli petroleum sebagai pelincir mengalami jangkitan bakteria vaginosis, iaitu sejenis jangkitan yang dikaitkan dengan sekumpulan spesis bakteria.

Sebanyak 44 peratus wanita lagi menggunakan minyak dikesan positif kepada jangkitan Candida, iaitu kulat yang menyebabkan jangkitan yis, berbanding mereka yang tidak menggunakan minyak.

Penyelidik mendapati, peningkatan risiko terhadap jangkitan berkenaan berlaku apabila produk yang digunakan mengganggu keseimbangan pH dalaman dan komuniti mikrob berfaedah, membenarkan organisma berbahaya untuk membiak.

Kebiasaannya, faraj adalah rumah kepada bakteria baik dan buruk dalam jumlah seimbang, yang menghasilkan asid untuk melindungi bahagian itu daripada jangkitan dan virus.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, bakteria vaginosis biasanya disebabkan oleh ketidakseimbangan pada populasi bakteria normal. Kebanyakan wanita yang dijangkiti melaporkan tiada gejala muncul, tetapi ada yang mempunyai lelehan cecair tidak normal atau bau yang kuat.

Doktor tidak mengesyorkan wanita mencuci faraj mereka dengan air secara melampau atau menggunakan produk pencuci kerana ia boleh mengganggu keseimbangan bakteria sedia ada selain tidak memberikan sebarang faedah.

Menurut Dr Zinaman, keseimbangan semula jadi bakteria dalam faraj terancam oleh sabun, minyak wangi atau cucian air yang kuat.

Profesor Kejuruteraan Bioperubatan, Obstetrik dan Ginekologi di Universiti Duke, Durham, North Carolina, David Katz berkata, doktor sering melarang penggunaan jeli petroleum secara dalaman.

Menurutnya, produk berasaskan petroleum dikatakan menyerap lembapan keluar dari permukaan dan boleh membuat kulit sensitif faraj lebih terdedah kepada jangkitan.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Klinik Mayo, Rochester, Minnesota, Mary Marnach, pula menyarankan penggunaan pelincir bebas daripada bahan gliserin dan berasaskan silikon yang boleh dibeli di kaunter farmasi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/21
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved