Ahad, 21 April 2013

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Tiga penjuru rebut DUN Kota Laksamana

Posted: 20 Apr 2013 04:36 PM PDT

Melaka: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sebaik senarai nama calon bagi kawasan berkenaan diumumkan Pegawai Pengurus PRU-13 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Temu, di sini, semalam.

Ketiga-tiga calon berkenaan membabitkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Chiw Tiang Chai berdepan dua calon lain iaitu Lai Keun Ban (DAP) dan Sim Tong Him (Bebas).


Sim pada masa sama bertanding bagi kerusi Parlimen Kota Melaka mewakili DAP menentang Dr Yee Kok Wah (BN).

Sementara itu, bagi DUN Kesidang Lim Eng Teck (BN) menentang Chin Choon Seong (DAP).


Calon yang mempertahankan kerusi DUN Duyong, Datuk Gan Tian Loo (BN) pula berhadapan calon DAP, Goh Leong Sang manakala bagi kerusi DUN Bandar Hilir, calon DAP, Tey Kok Kiew melawan Ronald Gan Yong Hoe dari BN.


Sementara itu, calon PAS Harun Mohamed menentang penyandang kerusi bagi DUN Telok Mas Datuk Wira Latiff Tamby Chik dari BN.

Chiw ketika ditemui membayangkan keyakinan BN kali mempunyai banyak peluang untuk menang.


"Dia orang pun sudah berpecah dan kedua-duanya daripada Bebas dan DAP yang sebenarnya dari DAP. Jadi mengapa mahu pecah dua calon daripada pembangkang yang sama parti melawan BN...itu menunjukkan perpecahan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/20
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved