Jumaat, 5 April 2013

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Korban rindu keluarga

Posted:

SEPANG: "Setiap hari memang teringatkan anak dan isteri, tapi kerana kedaulatan negara, saya korbankan perasaan itu," kata Azizi Azman, 31, seorang daripada anggota dan pegawai PDRM yang bertugas dalam Op Daulat.

Azizi yang bertugas di Cawangan Jenayah Berat Kontinjen Kota Bharu, Kelantan berkata, bagi menghilangkan rasa rindu terhadap isterinya, Nurhafizah Ismail, 31, dan dua anaknya, dia akan menghubungi mereka sekiranya berkesempatan berbuat demikian.

"Memang saya ada teringatkan mereka, tapi terpaksa korbankan perasaan itu. Lebih-lebih lagi ketika melakukan pemeriksaan di Kampung Air di Semporna, Sabah untuk mengesan saki-baki pengganas Sulu yang bersembunyi di kawasan itu.

"Kami tidak tahu risiko dan bahaya yang bakal dihadapi sepanjang melakukan pemeriksaan di kampung berkenaan. Namun, saya bersyukur kerana tiada sebarang kejadian buruk berlaku ke atas kami," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, malam tadi.


Azizi seorang daripada 139 anggota dan pegawai Cawangan Siasatan Jenayah, PDRM selamat tiba di KLIA jam 9.40 malam tadi dari Tawau, Sabah selepas menyertai Ops Daulat.


Semua anggota dan pegawai terbabit kemudiannya dibawa menaiki bas dan van untuk menghadiri majlis sambutan ketibaan wira Ops Daulat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Poh Eng San, 46, yang bertugas di Cawangan Jenayah Berat Kontinjen Kedah berkata, dia gembira dapat kembali ke semenanjung serta menyifatkan pengalaman bertugas dalam Op Daulat adalah pengalaman yang sukar dilupakan.

"Sepanjang di sana, kami melakukan tugasan dengan semangat juang yang tinggi bagi memastikan kedaulatan negara dapat dikekalkan.

"Kami juga mahu mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sentiasa menyokong dan mendoakan keselamatan kami sepanjang menyertai misi ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/05

'Kita ada kejutan'

Posted:

Oleh Hairulazim Mahmud, Syah Rul Aswari Abdullah, Elrafaei Sapi, Maiamalina Mohamed Amin, Intan Mas Ayu Shahimi, Yusliza Yakimir Abd Talib, Kalidevi Mogan Kumarappa, Yusmizal Dolah Aling, Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor, Fazurawati Che Lah dan Izlaily Nurul Ain Hussein

Kuala Lumpur: "Ada perubahan besar dan mengejutkan." Demikian tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak mengenai senarai calon parti itu yang bakal dipertaruhkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menurutnya, elemen kejutan itu amat penting bagi BN untuk berdepan pembangkang, malah satu pelan tindakan terbaik sudah dirangka sebelum diumumkan peringkat demi peringkat mengikut tempoh masa sesuai.

Najib berkata, sebagai permulaan, manifesto BN dilancarkan di Stadium Tertutup Bukit Jalil, di sini, esok yang turut menjadi dokumen aku janji BN kepada rakyat untuk terus komited melakukan pembaharuan dan perubahan menerusi mandat diberikan.

"Kita nak adakan satu...satu (peringkat demi peringkat). Kalau saya cerita semua, tak ada lah 'surprise' (kejutan) nanti. Sangat penting kepada kita mempunyai elemen kejutan," katanya disambut sorakan pimpinan tertinggi BN termasuk timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Foto

NAJIB berbincang dengan Muhyiddin ketika mesyuarat MT, semalam.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, diikuti mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/05
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved