Jumaat, 5 April 2013

Harian Metro: Rap


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Advertorial: Toyol 'pelaris' 'Ghost Child'

Posted:

Pontianak, toyol, langsuir dan sebagainya begitu sinonim dengan masyarakat Melayu. Walaupun begitu, sebuah produksi Cina dari Singapura telah menggunakan salah satu makhluk halus di atas sebagai hasil karya terbaru mereka yang berunsur seram.

'Ghost Child' atau toyol, terbitan MM2 Entertainment, Clover Films dan Zhao Wei Films berkisar tentang sebuah keluarga yang mengalami perkara-perkara pelik yang berlaku di dalam rumah mereka setelah Choon lakonan Chen Han Wei berkahwin dengan wanita Indonesia, Na lakonan Carmen Soo yang dalam diam membela toyol.

Pada awalnya, hanya ibu Choon dan anaknya Kim (Jayley Woo) yang sering diganggu oleh makhluk halus tersebut. Bukan setakat menakut-nakutkan, sebaliknya toyol itu sering membantu Kim apabila dia dibuli oleh rakan sekolahnya.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila ibu Choon terjumpa alat permainan kanak-kanak di dalam rumah mereka. Marah dengan perkara itu, toyol tersebut telah mencederakan ibu Choon sehingga wanita itu menghidap strok. Kim yang semakin keliru, mula mencari tahu tentang makhluk halus yang tinggal di rumah mereka. Yakin dengan firasatnya, Kim menuduh Na membela toyol.


Menurut Gilbert Chan selaku pengarah filem ini, mereka mengambil masa 6 bulan untuk mengkaji tentang toyol dan makhluk halus sebelum menyiapkan skrip penuh. Filem yang mengadakan penggambaran di Singapura ini bakal berada di pawagam bermula 4 April ini.


Dalam filem ini menerangkan bahawa toyol merupakan sejenis makhluk halus yang hidup di dalam janin yang telah mati. Biasanya ia digunakan untuk aktiviti jenayah seperti mencuri, menipu dan sebagainya. Toyol mempunyai rasa cemburu yang sangat kuat dan ia ingin sering dimanja dan dijaga.

Secara keseluruhan, filem seram ini menampilkan lebih banyak drama berbanding perkara-perkara yang menakutkan. Namun, sedikit sebanyak ia menunjukkan siapa toyol sebenarnya. Mungkin hal itu dijelaskan dalam filem ini kerana penonton sasaran Ghost Child tidak begitu tahu tentang makhluk halus ini.

Kini, anda boleh memenangi sepasang tiket untuk menonton wayang 'Ghost Child' dengan menjawab dengan tepat dan cepat soalan di bawah. Emelkan jawapan anda ke peraduanghostchild@gmail.com. 150 pemenang dicari. Tarikh tutup peraduan 10 April 2013.

Facebook: https://www.facebook.com/GhostChildTheMovie?fref=ts

SOALAN: Siapakah yang membela toyol?

Terma & Syarat:

1. Tarikh tutup peraduan 10 April 2013.

2. Emelkan jawapan ke peraduanghostchild@gmail.com

3. Kesemua penyertaan harus diemelkan sebelum 12 tengah malam, 10 April.

4. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan.

5. Para pemenang akan dimaklumkan pada 11 April melalui: http://bit.ly/Z56cUj

6. Hadiah yang tidak dituntut pada tempoh yang ditetapkan akan dibatal secara automatik tanpa pemberitahuan kepada pemenang.

7. Peserta yang berusia 18 tahun ke bawah hendaklah mendapatkan kebenaran ibubapa atau penjaga sebelum menyertai peraduan ini.

8. Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

9. Pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah yang ditawarkan pada bila-bila masa di sepanjang tempoh peraduan sekiranya perlu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/05

Capai sasaran MIG

Posted:

Dalam mempromosikan filem Dua Kalimah yang mula ditayangkan semalam, Metrowealth Pictures (MIG), Ahad lalu mengadakan sesi tayangan percuma filem berkenaan di Kedah dan Pulau Pinang.

Percaturan itu berjaya mencapai matlamat apabila lebih 100 peminat bertuah menjadi penonton awal filem arahan pengarah muda Eyra Rahman bergenre romantik Islamik ini.

Kehadiran pelakon utamanya seperti Shaheizy Sam dan Yana Samsudin serta bakat baru seperti Shima Anuar dan Mikael Andre berjaya mencuri tumpuan peminat.

Turut hadir dalam sesi tayangan di Sungai Petani dan Seberang Jaya itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif MIG David Teo.


Pujian juga harus diberikan kepada Sam yang baru memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 (AIFFA 2013) di Kuching, Sarawak pada malam sebelumnya sanggup bergegas ke Pulau Pinang semata-mata untuk menjayakan promosi berkenaan.


Biarpun tanpa kehadiran pelakon utama lain iaitu Nora Danish serta Wan Hanafi Su, Kartina Aziz dan Rashidah Jaafar, majlis promosi filem dengan kos RM1.65 juta itu tetap meriah.

David ketika ditemui berkata, tujuan untuk mengadakan tayangan istimewa itu adalah sebagai satu rangka promosi awal sebelum menanti tayangan di pawagam.

Beliau berkata, pihaknya melakukan kelainan dengan memilih dua lokasi itu kerana sebelum ini mereka kerap melakukannya di Kuala Lumpur selain memberi peluang kepada peminat di luar ibu kota beramah mesra dengan pelakonnya.

Katanya, melihat sambutan baik yang diterima, tidak mustahil MIG dapat mengadakannya setiap bulan sebagai salah satu aktiviti dan program bulanan MIG mempromosikan filem-filem terbaru buat peminat di seluruh negara.

"Selepas Dua Kalimah, filem-filem MIG yang bakal menemui penonton ialah 99 Kali Rindu, Bro, Nampak Motor Gua, Satu Lawan Satu, Lagenda Budak Hostel, Adnan Sempit 3, Longkai, Bercinta dan Paku Pontianak," katanya.

Dalam pada itu, Sam mengharapkan peminat menonton sendiri filem terbarunya ini kerana watak yang dibawakan berbeza iaitu sebagai pemuda berakhlak baik.

Yana yang membawakan watak Umairah, seorang ustazah pula menyifatkan ia sebagai satu kepelbagaian watak lakonannya. Dia yang mahu menjadi pelakon serba boleh mengharapkan peminat menyukai lakonannya kali ini.

"Selepas Dua Kalimah, saya akan tampil dengan filem terbaru, Adnan Sempit 3 tidak lama lagi dan paling penting peminat sentiasa memberi sokongan moral," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/05
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved