Selasa, 9 April 2013

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


7 jam sorok

Posted: 08 Apr 2013 04:22 PM PDT

Kuala Lumpur: Lima penjenayah bersenjatakan pistol dan parang dicekup selepas 'bermain sorok-sorok' dalam tiga rumah teres selama tujuh jam dalam cubaan mereka merompak satu daripada rumah itu di Persiaran Damansara Endah, Bukit Damansara, di sini, semalam.

Kejadian dilaporkan bermula pada jam 4.30 pagi apabila lima lelaki terbabit menceroboh dan meletakkan kenderaan pacuan empat roda (4x4) di pekarangan sebuah rumah tidak berpenghuni.

Bagaimanapun, kehadiran kumpulan itu dikesan seorang penduduk pada jam 6.30 pagi lalu memaklumkannya kepada pengawal keselamatan di kawasan perumahan berkenaan sebelum dilaporkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, sepasukan polis diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Brickfields, Deputi Superintendan Baharin Mohd Rose kemudian bergegas ke tempat kejadian.

Foto

PENJENAYAH memecah masuk kediaman mangsa melalui rumah jiran yang tidak berpenghuni.


"Anggota kami mengepung dan memeriksa rumah berkenaan, namun usaha awal itu gagal mengesan kumpulan penjenayah terbabit," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/09

32 ditahan di tengah laut

Posted: 08 Apr 2013 04:22 PM PDT

Kota Kinabalu: Penyamaran 32 individu bersenjata api dipercayai pengganas yang cuba memasuki negara ini menggunakan bot kumpit gagal apabila kehadiran mereka berjaya dikesan pasukan keselamatan ketika berada kira-kira 12 batu nautika dari Tambisan, dipercayai dalam perjalanan ke Lahad Datu.

Dalam kejadian jam 2 pagi semalam, sepasukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesan kehadiran sebuah bot kumpit cuba memasuki perairan negara sebelum berjaya dipintas dan pemeriksaan lanjut menemui senjata api termasuk M-16, parang dan kapak selain beberapa dokumen lain.

Difahamkan, ketika ditahan semua mereka berpakaian biasa dan tidak mengenakan pakaian celoreng.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, bot kumpit itu dipercayai dari negara jiran dan cuba memasuki perairan negara sebelum ditahan pasukan keselamatan.

Foto

PASUKAN keselamatan mengawal 32 individu dipercayai anggota kumpulan pengganas.


Menurut Hamza, ketika dihampiri, tiada sebarang pertempuran berlaku ketika pasukan keselamatan memintas mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/09
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved