Selasa, 9 April 2013

Harian Metro: Arena


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Desak pecat Butler

Posted: 08 Apr 2013 01:39 PM PDT

Kuala Terengganu: Kemelut dalaman pasukan kelab T-Team sampai kemuncak apabila Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said diminta memecat jurulatih Peter James Butler.

Presiden Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Terengganu Mohamed Sekanther Abdul Hamid berkata, pihaknya mempunyai beberapa alasan untuk meminta Menteri Besar berbuat demikian.


"T-Team di bawah Butler begitu malap sekali," katanya ketika menuntut penyingkiran Butler pada sidang media, semalam.

Beliau berkata, apa yang memalukan ialah tempat ke-11 dihuni T-Team dalam carta Liga Super selepas gagal mencatat sebarang kemenangan hingga pusingan pertama berakhir.


Lebih membimbangkan lagi, T-Team mungkin turun ke Liga Perdana tahun depan andai Menteri Besar tidak campur tangan dalam kemelut yang dihadapi pasukan itu.


Beliau turut mempertikai keputusan Butler membatalkan sesi latihan Ahad minggu lalu. Ini kerana tiga pemain import dari Nigeria, Bosnia dan Perancis sudah tiba di Kuala Terengganu untuk menjalani sesi pemilihan menggantikan tempat dikosongkan penyerang Caleb Folan yang sudah ditamatkan kontrak.

"Butler bagaikan tidak serius mencari pengganti Folan kerana cuma mengadakan latihan sesi pagi Jumaat dan Sabtu sebelum membuat keputusan untuk berehat pada Ahad," katanya.


Sekanther berkata, sepatutnya pasukan bekerja keras untuk bersiap sedia mencari pemain baru selain melakukan persediaan untuk bertemu Pahang apabila liga bermula Sabtu ini.

"Kami di PBSDKT amat kecewa dengan tingkah laku Butler dan mahu pengurusan tertinggi T-Team melakukan sesuatu dengan segera agar pasukan ini tidak terus tercampak ke dasar carta liga dan akhirnya terpaksa turun ke Liga Perdana musim depan."

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/09

Penalti penyelamat

Posted: 08 Apr 2013 01:19 PM PDT

Milan: Fiorentina yang ketinggalan dua gol dan sekadar beraksi dengan 10 pemain, menyempurnakan dua sepakan penalti untuk seri 2-2 dengan AC Milan pada saingan Serie A sementara hatrik Denis dalam tempoh 12 minit menyaksikan Atalanta menang 4-3 di Inter Milan selepas ketinggalan 1-3.

Inter berada di landasan tepat untuk memintas Fiorentina dalam perebutan tiket ke saingan Liga Juara-Juara apabila Ricardo Alvarez meledak dua gol dalam tempoh empat minit untuk membolehkan Inter di depan 3-1 hinggalah Denis meranapkan impian lawan mereka itu.


Sementara itu, Josip Ilicic menjaringkan gol menerusi gerakan solo dengan menggelecek empat pemain sebelum menewaskan penjaga gol Sergio Romero sekali gus memberi kemenangan penuh bermakna pasukan sedang bergelut, Palermo 3-1 ke atas Sampdoria.

Antonio Di Natale menjaringkan dua gol ketika Udinese menang 3-1 ke atas Chievo. Gol pertama hadir selepas penjaga gol Christian Puggioni melakukan kesilapan sementara gol kedua voli dari sudut sukar.


Napoli kekal ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu, Juventus selepas menang 2-0 ke atas Genoa hasil jaringan Goran Pandev pada babak pertama dan Blerim Dzemaili sementara perlawanan membabitkan Catania-Cagliari dan Siena-Parma buntu tanpa jaringan.


Milan yang menduduki tangga ketiga kekal enam mata mengatasi Fiorentina di tangga keempat dengan Inter dan Lazio yang bertemu jiran setempat, AS Roma, ketinggalan dua mata daripada tempat terakhir untuk tiket Liga Juara-Juara itu.

Dua pasukan teratas dalam Serie A automatik layak ke saingan kumpulan Liga Juara-Juara sementara tempat ketiga perlu beraksi pada pusingan kelayakan.


Juventus yang menang 2-1 di tempat sendiri ke atas Pescara, Sabtu lalu, selesa dengan 71 mata di tangga teratas sementara Napoli 62 mata.

Tommaso Rocchi meletakkan Inter di depan dua minit sebelum berakhir babak pertama di San Siro tetapi separuh masa kedua menyaksikan enam gol berjaya dihasilkan dalam tempoh 21 minit.


Giacomo Bonaventura menyamakan kedudukan pada minit ke-56 tetapi Alvarez kembali meletakkan Inter di depan sebelum menjaringkan gol lagi empat minit kemudian menerusi larian solo.


Denis merapatkan jurang pada minit ke-56 menerusi sepakan penalti, menyamakan kedudukan enam minit kemudian sebelum menjaringkan hatrik sekali gus gol kemenangan Atalanta pada minit ke-77. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/09
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved