Jumaat, 26 April 2013

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Kuasa regangan maksimum

Posted: 26 Apr 2013 08:56 AM PDT

Ranggi, lasak tetapi tetap elegan - tiga kata yang boleh menggambarkan koleksi terbaru denim The Legend, keluaran jenama Lois.

Menampilkan kira-kira 80 koleksi, bagaimanapun kali ini Lois lebih menekankan kepada penghasilan celana jean skinny yang ketat selain seluar denim tradisionalnya.

Rekaan ini dibuat berikutan permintaan anak muda dewasa kini yang gemar tampil lebih feminin dan menunjukkan keadaan tubuh mereka.

Diperbuat daripada fabrik berkualiti tinggi, walaupun ia mempunyai potongan tirus dan kecil, celana ini mempunyai kuasa regangan maksimum lalu membolehkan si pemakai berasa selesa ketika mengenakannya.


Digelar sebagai The Legend, semua seluar dan pakaian masih diperhalusi dengan teknik mengait kain yang diwarisi sejak lebih 40 tahun lalu selain mengekalkan kesan vintaj 1960-an dalam seni pembuatannya.


Cara memprosesnya juga dilakukan dengan cara lama. Ini kerana walaupun fabrik denim itu sudah dicuci, ia masih mempunyai bau jean yang asli.

Ketua Pegawai Eksekutif N-2 Jeansmaker Sdn Bhd, Randy Yeap berkata, tidak hanya koleksinya yang mengikut perkembangan terkini, malah fabrik dipilih juga daripada bahan berkualiti.

"Penggunaan bahan mentah yang berkualiti diambil untuk menghasilkan pelbagai jenis denim dan baju-T. Kali ini, kami lebih banyak menggunakan kain kapas yang diimport.

"Rekaan yang ditampilkan kali ini juga lebih ringan, tahan lama dan kekuatannya juga diperakui agar tidak mudah koyak apabila dipakai atau dibasuh berulang kali.

"Kini, banyak denim dihasilkan lebih kepada rekaan mudah regang bagi memberi keselesaan kepada mereka yang menggemari potongan mengikut bentuk kaki terutama ketika melakukan aktiviti lasak, bekerja mahupun bersantai," katanya.

Selain selesa, ia juga mudah kembang mengikut kesesuaian saiz kaki pemakai.

Tidak cukup dengan itu, kali ini Lois turut menampilkan pemilihan warna yang sedikit keterlaluan iaitu agak terang seperti merah, hijau, kuning dan merah jambu namun masih tampak sesuai dipakai semua golongan dan peringkat usia.

Potongan selesa pada setiap koleksi denim juga memberikan perbezaan antara rekaan untuk lelaki dan wanita.

Rekaan denim untuk wanita misalnya lebih mementingkan rekaan di bahagian belakang seluar apabila ia dibuat sedikit tinggi walaupun keadaan pinggang seluar masih berpotongan rendah.

Ia bertujuan memberi perlindungan dan keselesaan kepada pemakai untuk mengelak daripada sekitar punggung terdedah disebabkan potongan yang terlalu pendek di bahagian belakang seperti yang lazim disaksikan sekarang.

Bagi lelaki pula, bahagian hujung kaki seluar menggunakan fabrik kain bahagian kepala denim untuk menonjolkan kualitinya dan memberi perbezaan gaya berbanding jenama lain.

Walaupun ramai yang menggemari celana jean Lois untuk digunakan ketika bersantai, permintaan tinggi terhadap seluar denim juga disebabkan gaya terkini yang gemar memakainya untuk ke pejabat bagi menonjolkan ciri kasual dan selesa terutama sewaktu bertugas di hujung minggu.

Selain seluar, Lois turut memperkenalkan lebih 30 koleksi baju-T, kemeja, jaket, gaun pendek dan aksesori lain seperti beg kulit serta kasut.
Syarikat yang diterajui Yeap berkenaan ialah pengedar pakaian jenama Lois di negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/27

Jangan lebih warna

Posted: 26 Apr 2013 08:46 AM PDT

Rekaan yang tidak terlalu sarat dan tampak ringkas tetapi masih mengekalkan potongan moden menjadi kegemaran untuk digayakan ke pejabat.

Bagi menjadikan penampilan lebih senada, pilihan warna yang diadun juga haruslah tidak terlampau terang atau terlalu lembut. Di dalam panduan bergaya korporat, biasanya kita tidak digalakkan untuk mengenakan lebih daripada tiga warna dalam satu masa bagi mengelakkan penampilan terlalu sarat. Bukan itu saja, pemilihan material atau fabrik sesuai juga penting agar pakaian yang digayakan tidak mudah renyuk dan tampak sentiasa kemas sepanjang hari. Bagi wanita yang berbadan agak berisi pula, tidak salah untuk menggayakan kemeja dan seluar asalkan corak dan warna yang dipilih sesuai dengan bentuk badan. Selain itu, penggunaan baju kurung untuk ke pejabat juga tampak sesuai. Mungkin ada yang beranggapan pemakaian baju kurung ke pejabat pada masa kini kelihatan kolot, tetapi jika bijak memilih warna dan fabrik eksklusif, pasti penampilan tampak elegan. Untuk menampakkan kesan lebih langsing, gunakan corak garisan menegak atau motif yang lebih kecil dan warna gelap. Penampilan yang kemas juga pasti membuatkan diri lebih yakin ketika melakukan tugasan di dalam atau luar pejabat. Bermula daripada tudung hinggalah sepatu, semuanya dipadan dengan teliti. Paling penting, tambahan sedikit aksesori seperti barangan kemas, jam tangan dan beg tangan menjadi pelengkap untuk bergaya elegan. Lebih menarik, sapuan mekap yang ringan menyempurnakan penampilan yang anggun dan bertenaga ketika menjalankan tugasan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/27
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved