Rabu, 17 April 2013

Harian Metro: Rap


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Soseh Soseh: Mana satu yang betul?

Posted: 16 Apr 2013 03:47 PM PDT

Naik pening kepala SS mendengarkan konflik seorang penyampai radio ini dengan sebuah stesen radio yang makin popular itu. Kisahnya bukan calang-calang kerana agak serius.

Menurut cerita yang sampai ke telinga SS, penyampai radio berbakat besar itu dikatakan tidak berpuas hati kerana terasa diri dianiaya stesen radio berkenaan.

Kononnya, kontrak penyampai itu ditamatkan serta-merta sedangkan masih berbaki hingga hujung tahun ini. Seperti cerita seorang teman kepada SS, penyampai itu naik hantu dan terkilan gara-gara diperlakukan sebegitu tanpa sebarang notis awal.

SS yang mendengar cerita itu terkejut juga sebab daripada apa yang SS lihat kehadiran penyampai itu sejak setahun lalu banyak membantu dalam melonjakkan nama stesen radio berkenaan.


Dalam erti kata lain, penyampai itu berjaya memberikan impak dan membawa perubahan pada stesen berkenaan berbanding sebelum ini.


Tapi yang peliknya, kalau sudah bagus prestasinya kenapa pula penyampai itu ditamatkan kontrak dengan sekelip mata tanpa sebarang ura-ura?

Dalam kita menantikan apa perkembangan kes itu, tiba-tiba SS didatangi seorang sumber kuat stesen radio itu yang menyampaikan versi cerita yang berlainan daripada apa yang dicanangkan si penyampai itu.

Kata sumber itu, penyampai itu sebenarnya seorang yang bermasalah. Stesen itu tidak akan sembarangan menamatkan kontraknya jika dia tidak membuat masalah.

Rupa-rupanya kata sumber itu, penyampai berkenaan mempunyai masalah disiplin dan sering ponteng daripada bertugas dengan 1001 alasan. Tambah sumber itu, apabila perkhidmatannya ditamatkan lain pula versi yang digembar-gemburkannya kepada orang ramai. Kononnya dia menjadi mangsa keadaan dan teraniaya.

Selepas dengar kedua-dua versi cerita itu, makin keliru SS jadinya. Tidak tahu pihak mana yang hendak dipercayai dan pihak mana yang bercakap benar?

Bagi SS, dalam industri hiburan kita yang tidak besar mana ini lebih baik jika kita berbaik-baik dan cari jalan penyelesaian setiap konflik yang tercetus dengan matang dan saksama.

Tidak perlulah terus tuding-menuding sebab bukan apa, takut esok lusa apabila terpaksa bekerjasama untuk projek tertentu, masing-masing muka kelat dan tersipu malu pula nanti.

SS: Suka dengar Panggilan Hangit dan Suria Cinta.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/16
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved