Rabu, 17 April 2013

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Leher berlubang dalam longkang

Posted: 16 Apr 2013 03:04 PM PDT

Puchong: Seorang remaja perempuan ditemui maut dengan kesan luka kecil berlubang di lehernya dalam longkang padang bola sepak sebuah kawasan perumahan di Jalan Tiung 5, Puchong Jaya, di sini, semalam.

Mangsa berusia 18 tahun itu ditemui tertiarap lengkap berpakaian dalam longkang oleh beberapa penduduk kawasan berkenaan yang bermain bola sebelum mereka menghubungi polis.


Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat jam 6.50 petang.

"Mangsa dikenali sebagai Parhwine Lucia Mejia Kaur dari Taman Baru Batu 8 Puchong ditemui mati dengan kesan luka kecil berlubang di tengah lehernya.


"Hasil pemeriksaan kami turut menemui motosikal mangsa di kawasan berhampiran bersama barangan peribadi di tepi padang itu," katanya.


Abdul Razak berkata, siasatan lanjut dijalankan dan setakat ini tiada saksi kejadian terbabit.

Foto

ANGGOTA Unit Forensik polis melakukan siasatan di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


"Siasatan awal difahamkan mangsa dipercayai datang bersama beberapa rakannya pada malam sehari sebelum kejadian selepas penduduk menyedari sebuah motosikal diletakkan berhampiran padang jam 11 malam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/17
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved